EropahPolitik

Kata-Kata ‘Awak Tidak Akan Berjaya’ Menyuntik Semangatnya Sehingga Menjadi Datuk Bandar Paris

Hidalgo yang dilahirkan pada 1959 adalah anak pasangan juruelektrik dan tukang jahit di San Fernando, bandar di Andalusia, Sepanyol. Keluarganya membuat keputusan untuk bepindah ke Lyon di tenggara Perancis dua tahun setelah itu dan Ana yang menjadi Anne Hidalgo mendapat warganegara ketika berusia 14 tahun.

Namun kehidupan sebagai ‘orang luar’ tidak begitu mudah.

 

‘Wanita Sepanyol Tidak Akan Berjaya’

Anne Hidalgo yang bertanding sekali lagi untuk jawatan Datuk Bandar Paris 2020. Sumber Imej: Cities Today

“Suatu hari ketika dalam gred kedua, guru saya memberitahu ‘kanak-kanak wanita Sepanyol tidak akan berjaya’. Itu yang membakar semangat saya,” katanya kepada akhbar Parisien.

Anne Hidalgo berjaya dilantik sebagai Datuk Bandar Paris bermula dengan pertempuran pada 2015, membabitkan serangan di Charlie Hebdo dan dewan Bataclan yang memusnahkan ‘joie de vivre’ (kegembiraan hidup).

Pada awal bulan Mac, beliau bersama dua wanita lain muncul sebagai calon utama bagi pilihan raya Datuk Bandar Paris, bagi memastikan salah satu jawatan sivik paling berprestij kekal ditadbir wanita.

Anne Hidalgo sebagai wakil konservatif akan berdepan dengan Rachida Dati dan Agnes Buzyn yang berfahaman sederhana. Mereka bertiga dilihat sebagai tidak memiliki banyak perbezaan dari segi keupayaan dan laluan kerjaya, namun masing-masing merangkumi komponen utama lanskap sosial bandar raya itu.

Hidalgo mahu meneruskan rancangannya untuk mengurangkan penggunaan kereta, termasuk rancangan kontroversi untuk menukar lebuh raya tebing sungai utama kepada laluan persiaran.

 

Anak Kedua Daripada 11 Adik-Beradik

Rachida Dati yang mendapat tempat kedua pada pusingan pertama pemilihan Datuk Bandar Paris 15 Mac 2020 yang lalu. Sumber Imej: France 24

Bagi Rachida Dati, beliau yang juga Menteri Perundangan di bawah pentadbiran Presiden Nicolas Sarkozy, dilahirkan di bandar perindustrian Saint-Remy di utara Lyon pada 1965, serta dibesarkan di perumahan kos rendah berhampiran Chalon-sur-Saone.

Anak perempuan kepada lelaki warga Maghribi dan wanita warga Algeria ini mahu menawarkan peluang sosial berdasarkan merit kepada semua.

Anak kedua daripada 11 adik beradik itu membantu kerja rumah adik-beradiknya ketika masih berjuang mendapatkan pendidikan sambil bekerja separuh masa, termasuk sebagai pengasuh di hospital tempatan.

Beliau kini menumpukan siasatan rasuah terhadap dirinya bagi tuduhan menerima 900,000 euros (RM4.24 juta) daripada bekas bos Renault, Carlos Ghosn untuk kerja penasihat rekaan. Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

 

Anak Jati Paris & Mantan Menteri Kesihatan

Sementara itu, anak jati Paris, Buzen adalah bekas doktor berjaya yang masuk ke arena politik apabila dipilih sebagai Menteri Kesihatan oleh Emmanuel Macron pada 2017.

Agnes Buzyn, calon parti Presiden Macron untuk pemilihan Datuk Bandar Paris. Sumber Imej: Blog Vape

Pakar leukemia itu hanya berusia 30 tahun ketika dinamakan sebagai Pengarah Haematologi di Hospital Necker, sebelum menjadi Ketua Institut Kanser Kebangsaan.

Undian untuk memilih Datuk Bandar Paris akan dijalankan pada 15 dan 22 Mac 2020.

Keputusan untuk pemilihan pada 15 Mac yang memperlihatkan Hidalgo berada di tempat teratas dengan 30% diikuti oleh Rachida Dati dengan 22% serta calon Presiden Emmanuel Macron, Agnes Buzyn berada di tempat ketiga dengan 17.7%.

 

Sistem Pemilihan Datuk Bandar

Di Paris, pemilihan Datuk Bandar disusuli sistem dua pusingan yang rumit di 17 daerah yang mana setiap daripada mereka memilih bilangan deligasi seperti dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat.

Senarai calon di atas 5% boleh muncul di tangga teratas menjadikan keputusan akhir sukar untuk diramal.

Pusingan keputusan pertama ini pula mungkin akan dibatalkan sekiranaya pusingan kedua itu tidak boleh diteruskan kerana wabak virus korona. Perkara ini memberi tamparan hebat kepada Macron kerana berbanding dengan pemilihan sebelum ini, partinya, En Marche telah memenangi kerusi Paris dengan 33% pada pemilihan Eropah tahun lalu.

 

Bagaimana Kedudukan Macron?

Rancangan Macron untuk mengawal penuh Majlis Perbandaran Paris kini adalah hampir mustahil setelah Villani, salah satu pembuat undang-undang beliau telah dipecat dan mengambil keputusan untuk menentang presiden dan mencabar calon rasmi parti pemerintah.

Kehilangan Paris akan membuat rancangan Macron untuk membina pangkalan kuasa tempatan untuk partinya dan juga menembusi benteng terakhir kekuatan lama yang dikuasai oleh sosialis atau konservatif terutai begitu sahaja.

Walau bagaimanapun, ia tidaklah seteruk yang disangka untuk Macron apabila dua lagi menterinya Gerald Darmanin and Franck Riester memenangi undian sebagai Datuk Bandar di Tourcoing, utara Perancis dan Coulommiers yang terletak berdekatan Paris apabila mereka mendapat lebih 50% undian di pusingan pertama.

Show More

Related Articles

Back to top button