Gaya HidupKesihatan

WHO Mengisytiharkan COVID-19 Sebagai ‘Pandemik’ Tapi Tahukah Anda Apa Maksudnya?

Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik. Ini sekali gus menegaskan penularan dan keadaan wabak itu yang teruk adalah sangat membimbangkan.

Untuk memahaminya perlu diketahui maksud wabak, epidemik dan pandemik dan juga pelbagai peringkat penyakit dalam masyarakat.

 

Maksud Endemik

Apabila sesuatu penyakit hadir dalam kadar yang konsisten dalam satu populasi dalam kawasan geografi tertentu, dan ia kekal pada kadar tersebut, ia dikategorikan sebagai penyakit endemik.

Penyakit endemik akan berterusan berlaku pada kadar ini untuk satu jangka masa yang tidak dapat ditentukan.

Contohnya, jika kita terbiasa dengan bilangan kes denggi atau kes selesema setiap tahun di Malaysia, ia adalah kadar endemik untuk kita.

Apabila penyakit tersebut berlaku tidak menentu dan tidak kerap ia dipanggil sporadik.

Apabila terdapat kes sesuatu penyakit berterusan pada kadar yang tinggi, ia dipanggil hiperendemik.

 

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan wabak?

Wabak terjadi apabila bilangan kes sesuaut penakit meningkat secara mendadak melebihi bilangan kes jangkaan di sesuatu kawasan.

Ianya seperti epidemik tetapi wabak ini merupakan terma yang digunakan untuk kawasan yang terhad dan epidemik digunakan untuk kawasan yang lebih luas dengan populasi yang lebih besar.

Epidemik selalunya berlaku dalam satu bandar atau bahagian dan bukannya seluruh negara.

 

Apa pula maksud pandemik?

Pandemik ialah epidemik yang telah tersebar di beberapa negara dan benua yang memberi kesan ke atas kumpulan manusia yang besar.

Virus COVID-19 telah menjangkiti lebih 118,000 orang di 114 negara dan meragut lebih 4,291 nyawa, bahkan angka terbabit dijangka terus meningkat.

Sehubungan dengan itu, WHO telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai satu pandemik.

Jumlah kes COVID-19 di luar China meningkat 13 kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu, manakala bilangan negara yang terkesan bertambah tiga kali ganda.

Iran dan Itali muncul negara paling terkesan di Asia Barat serta Eropah dengan masing-masing mencatatkan 354 dan 827 kematian, setakat ini.

 

Bagaimana pandemik boleh terjadi?

Pandemik terjadi apabila bakteria atau virus baharu mampu tersebar dengan sangat luas pada kadar yang sangat cepat.

Menurut Dr YLM di TheStar, dalam dunia moden kini, ianya lebih mudah untuk pandemik berlaku kerana terdapat perhubungan atau transportasi yang meluas melalui udara dan air.

Pandemik yang kita dengar sejak kebelakangan ini selalunya disebabkan oleh virus baharu atau subjenis yang telah berubah daripada haiwan kepada manusia.

Walau bagaimanapun, bakteria juga mampu menyebabkan pandemik dan peningkatan rintangan terhadap antibiotik di seluruh dunia telah menyumbang terhadap fenomena ini.

Adakalanya pandemik disebabkan oleh virus atau bakteria yang mutasi untuk membolehkan ia tersebar lebih luas.

Manusia tidak memiliki imunisasi terhadap virus baharu mahupun virus atau bakteria lama yang tiba-tiba memerlukan kebolehan untuk merebak secara cepat.

Oleh sebab itu kita lebih mudah mendapat jangkitan.

Selesema yang berlaku di seluruh dunia setiap tahun ialah endemik atau pandemik?

Selesema biasa sering berlaku di seluruh dunia pada setiap tahun menyebabkan ada yang terbunuh. Ia tidak lagi dikategorikan sebagai pandemik tetapi ianya endemik.

Kita juga masih dapat wabak bermusim berkaitan selesema ataupun epidemik dan ini selalunya terjadi akibat subjenis virus selesema yang meningkat pada satu masa.

Tidak seperti pandemik yang selalunya terjadi akibat virus baharu (novel).

Sejarah pandemik yang pernah berlaku sebelum ini.

1. HIV/AIDS

Puncak pandemik penyakit ini berlaku pada tahun 2005 hingga 2012. Ia telah memakan nyawa seramai 36 juta orang.

Kes paling awal berkaitan jangkitan HIV ini telah dikesan dalam sampel darah yang disimpan dari tahun 1959 oleh seorang lelaki daripada Kinshasa, Democratic Republic of Congo walaupun penyebaran HIV secara teori telah bermula beberapa dekad sebelum kejadian tersebut di bandar yang sama.

Virus tersebut wujud sehingga kini dan seramai 35 juta orang hidup dengan virus HIV.

2. Selesema 1968

Jumlah kematian akibat pandemik ini ialah 1 juta orang dengan setengah juta daripadanya berasal dari Hong Kong.

Ia juga dikenali sebagai Selesema Hong Kong. Ianya tersebar dengan sangat cepat ke Singapura dan Vietnam dan kemudiannya ke serata dunia.

3. Selesema Asia 1956-58

Selesema ini berasal daripada China dan telah merebak ke serata dunia. 2 juta orang telah meninggal dunia akibat pandemik ini.

4. Selesema 1918

Kematial akibat selesema ini adalah di antara 20 hingga 50 juta orang. Namun ia agak pelik kerana telah menyebabkan kematian ke atas orang dewasa yang sihat tidak seperti selesema biasa yang sering kali membunuh orang lebih tua dan lemah seperti kanak-kanak.

5. Pandemik Kolera ke-6 (1899-1923)

Penyakit yang berasal daripada India ini telah tersebar ke seluruh dunia dan kematian di India sahaja telah melebihi 800,000 orang.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close