AntarabangsaIsu Semasa

Inilah Yang Terjadi Jika Tidak Ada Wanita Yang Bekerja Sama Sekali

Jutaan wanita di Mexico telah menjauhkan diri daripada pejabat, sekolah dan agensi kerajaan untuk mengikuti bantahan terhadap keganasan dan budaya ‘macho’ pada hari kedua di negara tersebut sehingga menyebabkan jalanraya yang sibuk pada hari biasanya lengang.

Bantahan yang diberi nama “sehari tanpa kami” (a day without us) pada hari Isnin yang lalu dilakukan untuk menunjukkan apa akan terjadi jika tidak ada kehadiran wanita dalam masyarakat.

Ia juga berlangsung dengan sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2020.

Di utara bandar Mexico, Ciudad Juarez yang bersempadan dengan Amerika Syarikat, kilang menjadi sunyi sepi apabila kebanyakan wanita memilih untuk berdiam di rumah.

 

Kilang Rugi Besar

“Saya tidak tahu apa akan terjadi jika perkara ini berlarutan,” kata Luis Carrillo, seorang pengurus di NPD Technology yang membuat bahagian elektronik untuk pintu automatik di bandar yang terkenal sebagai kilang pembuatan.

“Ia sudah tentu akan menjadi kerugian yang besar,” katanya yang menambah bahawa syarikatnya bangga untuk menyokong tenaga kerja wanita yang besar dan menanggap bantahan tersebut sebagai sesuatu yang positif.

Meja di kilang yang selalunya dipenuhi dengan pekerja wanita sunyi sepi.

 

Sebab Bantahan Diadakan

Pemberhentian pekerjaan di Mexico telah menyebabkan wanita Zapatista di selatan negara dan juga pekerja di kementerian luar negara di bandar melakukan bantahan bagi memberi gambaran bahawa bagaimana kehidupan akan terjadi jika mereka tidak wujud.

Sebuah video yang dimuat naik di atas talian telah menunjukkan meja kerja di kementerian luar negara kosong dengan hanya sebuah nota di atas kerusi mereka yang memprotes keganasan terhadap wanita.

Minggu lalu, Presiden Andres Manuel Lopez Obrador yang berhaluan kiri telah mencetuskan kemarahan para wanita apabila mencadangkan bahawa gerakan bantahan tersebut telah disebabkan oleh orang konservatif dan pihak yang gemar mengkritik kerajaan.

Paola Rogas, seorang kolumnis wanita di akhbar utama El Universal telah meninggalkan ruang di surat khabar itu kosong kecuali tanda pagar untuk menyokong bantahan tersebut.

 

Bagaimana Dengan Mereka Yang Diseksa & Dirogol?

Di Chile, wanita memakai pakaian seragam perubatan, baju industri dan seragam sekolah mengikuti bantahan di Santiago dengan berkumpul di hadapan pejabat Presiden Sebastian Pinera.

Mereka mengetuk dram, menari dan melaung,”dan bagaimana, bagaimana, bagaimana boleh mereka seksa dan rogol kami dan tidak ada seseorang pun melakukan sesuatu?”.

Di antara golongan ini merupakan seorang pelakon yang berusia 70an, Rosa Ramirez-Rios.

“Saya tahu ia merupakan proses yang panjang,”bkatanya. “Kami harus bersabar dan tetap gigih dengan penuh bersemangat. Orang yang memiliki kuasa ekonomi dan politik tidak akan melepaskan keistimewaan mereka sewenang-wenangnya.”

 

Hari Yang Lengang

Bandar Mexico yang selalunya sesak pada waktu sibuk dan pengangkutan awam semuanya sepi kerana tidak ada wanita dan sekolah ditutup pada hari tersebut.

Pengangkutan awam lengang tanpa wanita

Bom petrol dibaling di hadapan pintu istana negara dan wanita bertengkar dengan lelaki penunjuk perasaan anti-keguguran yang mana ada yang telah mencukur kepada mereka dan melakukan tanda hormat Nazi.

Lopez Obrador berkata pekerja kerajaan dibenarkan untuk mengikuti bantahan tersebut namun ada juga wanita yang masuk kerja pada hari tersebut kerana tidak sanggup untuk tidak melakukannya.

Bantahan tersebut memfokuskan terhadap gerakan anti-wanita atau pembunuhan yang disebabkan anti-wanita.

Pembunuhan seperti itu telah meningkat sebanyak 137% dalam waktu lima tahun menurut data kerajaan akibat daripada keganasan kumpulan dan kebanyakan kes ini tidak dapat diselesaikan.

Pihak penganjur bantahan telah menganggarkan seramai 2 juta wanita telah mengikuti bantahan tersebut berbanding dengan anggaran pihak polis yang menyatakan hanya 150,000 mengikutinya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close