Isu SemasaSukanTeknologi

COVID-19 Turut Cetus Impak Besar Dalam E-Sukan dan Permainan Video

Fenomena virus korona atau COVID-19 telah memberikan impak besar kepada seluruh penduduk serata dunia ini industri e-sukan tidak terkecuali.

Semenjak peningkatan kes ini di tahap yang membimbangkan, pelbagai penganjuran kejohanan e-sukan turut mengambil langkah berjaga-jaga sehingga ada yang membatalkan.

Acara konvensyen industri permainan video terbesar E3 yang dijadualkan akan diadakan pada 9 Jun ini dilaporkan telah dibatalkan.

TwitchCon yang bakal diadakan di Amsterdam, Belanda pada May ini turut mengesahkan ia akan dibatalkan.

Beberapa pertandingan besar seperti Kejohanan Antarabangsa Eropah Pokemon, Apex Legends Global Series Major yang pertama, Liga Counter-Strike: Global Offensive – FLASHPOINT, dan Overwatch League turut dilapor sama ada membatalkan sepenuhnya kejohanan dalam masa terdekat ini atau menunda ke tarikh yang belum diumumkan.

Liga e-sukan seperti ESL Pro League dan League of Legends Pro League pula telah mengambil langkah meneruskan perlawanan di secara online tanpa penonton.

Capcom Pro Tour yang turut mempertandingkan permainan video seperti Street Fighters dilaporkan telah menarik diri dari menyertai Brussels Challenge 2020, Norcal Regionals 2020 dan April Annihilation 2020 disebabkan kebimbingan tentang wabak ini.

Hal ini juga mengundang pelbagai pertanyaan jika Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan diteruskan atau tidak.

sumber: ESPN

Show More

Related Articles

Back to top button