SukanTeknologi

Jom Meriahkan Kejohanan E-Sukan eCurve Gaming Championship 13 Mac Ini!

Dengan kejayaan tahun lepas, eCurve sekali akan mengadakan kejohanan e-sukan untuk tahun 2020.

eCurve Gaming Championship (eGC) 2020 bakal berlangsung selama 9 hari bermula Jumaat ini, 13 Mac hingga 22 Mac 2020 bertempat di Centre Atrium, eCurve.

Bagi kejohanan kali ini, eCurve turut menambahkan beberapa lagi permainan dan aktiviti sepanjang minggu tersebut dengan hadiah wang terkumpul sebanyak RM12,000.

Terdapat 6 permainan utama yang dipertandingkan dalam kejohanan kali ini iaitu eFootball PES2020, Mobile Legends, PUBG Mobile, permainan kad Vanguard dan Magic The Gathering serta permainan Beyblade Burst.

Bagi permainan seperti eFoobtall PES2020, Mobile Legends, dan PUBG Mobile, hadiah wang sebanyak RM1,000 bakal menanti juara.

Untuk pertanding Beyblade, RM1,000 akan diberikan kepada juara manakala permainan kad Vanguard dan Magic The Gathering, juara akan menerima RM2,000.

Selain itu, aktiviti seperti permainan Beat Saber dan F1 2019 Challenge turut diadakan setiap hari untuk pengunjung berpeluang memenangi hadiah RM100.

Kepada yang berminat, anda boleh ke eCurve Jumaat ini atau layari laman Facebook rasmi eCurve untuk maklumat terkini berkaitan eGC.

Show More

Related Articles

Back to top button