MalaysiaPolitik

8 Perkara Yang Belia Mahu Daripada Kerajaan Perikatan Nasional

“Kita harus faham bahawa kebanyakan belia adalah idealistik. Mereka mahu perkara dilakukan dengan cara yang betul dan mengikuti prinsip demokrasi yang betul,” kata Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani, seorang pakar dalam bidang sains politik dari Universiti Utara Malaysia.

Sewaktu pilihanraya ke-14 kelmarin, mereka yang berusia 21 hingga 39 tahun merupakan 41% daripada 14.9juta orang pengundi yang berdaftar.

 

Belia Memiliki Suara Mengundi Yang Sangat Besar

Dengan penurunan umur pengundi menjadi 18 tahun dan pengenalan kepada sistem pendaftaran automatik, ia akan lebih menguatkan lagi kuasa belia dengan anggaran sejumlah 3.7 juta pengundi bakal bertambah.

Umur belia di Malaysia kini didefinasikan sebagai mereka yang berusia di antara 15 hingga 30 tahun pada pertengahan 2019 yang lalu dan mereka sememangnya memiliki pelbagai pendapat tentang hal-ehwal politik negara.

“Para belia memiliki tingkat ilmu politik yang baik. Mereka tahu tentang politik. Oleh itu saya rasa mereka akan membuang undi seperti pada PRU-14 kelmarin. Sewaktu PRU-14, merekalah yang merubah kerajaan Malaysia,”jelas Prof Mohd Azizuddin.

“Mereka boleh membuat kejutan.”

 

Generasi Belia Lain Daripada Generasi Berusia

Mohd Azizuddin turut berkata terdapat perbezaan di antara generasi lebih berusia berbanding mereka yang muda ini.

Generasi lebih berusia lebih memilih kekal setia terhadap parti dan seseorang pemimpin yang mereka sokong. Manakala para belia pula tidak tetap pendirian.

“Bagi kebanyakan belia, mereka tidak memiliki konsistensi kecuali mereka membesar dengan pemikiran politik yang dibentuk oleh keluarga. Bagi mereka yang tidak memiliki latar belakang politik, mereka mungkin akan berubah fikiran dan akan menyokong mereka yang dipercayai menjadi mangsa (manipulasi politik),” katanya.

Menurut beliau lagi, para beliau lebih risau tentang keadaan ekonomi dan memiliki pekerjaan. Oleh sebab itu mereka lebih menyokong pemimpin yang boleh melakukan kerja dengan betul dan menjamin kestabilan.

 

Institusi DiRaja Penyelamat Negara

Setelah berhari-hari keadaan politik negara tidak tenang, institusi DiRaja Malaysia telah muncul sebagai simbol kestabilan negara untuk orang awam terutamanya bagi anak muda Malaysia.

“Para belia ini melihat Yang di-Pertuan Agong telah menangani keadaan dengan sangat baik. Baginda telah menjadi faktor untuk memastikan kestabilan kerajaan,” ujar Mohd Azizuddin.

“Daripada pemerhatian saya, sebelum ini terdapat mereka yang tidak pasti dengan peranan DiRaja tetapi apabila Yang di-Pertuan Agong menemuramah dan melakukan pelbagai perkara untuk memastikan krisis tersebut selesai dalam keadaan aman, mereka menjadi sangat menerima institusi DiRaja,”jelas Mohd Azizuddin kepada Sunday Star.

Menurutnya lagi, kebanyakan anak muda sekarang melihat insititusi DiRaja menjadi faktor keseimbangan terutamanya apabila orang politik tidak dapat menyelesaikan sesuatu isu.

 

8 Perkara Yang Belia Inginkan

Walau bagaimanapun belia di Malaysia mahukan beberapa aspek ini diambil berat oleh pihak kerajaan terkini. Antaranya ialah:

1. Sebuah kerajaan kukuh yang boleh memberi kebaikan untuk rakyat melalui tadbir urus yang sistematik.

2. Menambahkan peluang pekerjaan untuk generasi muda kerana masih ramai graduan yang menganggur dengan mengurangkan had usia persaraan.

3. Menambahkan peluang pekerjaan di luar bandar-bandar utama

4. Kerajaan/orang politik yang bekerja untuk kebaikan semua

5. Pemimpin kerajaan yang bersih dan tidak terlibat dalam rasuah

6. Mengurangkan/menghapuskan pinjaman pendidikan PTPTN

7. Fokus dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat

8. Pemimpin yang mengambil berat tentang alam sekitar dan memfokuskan pendidikan.

 

Kabinet PN2020 Mendengar Suara Rakyat?

Menurut analisis Joceline Tan di TheStar, pemilihan kabinet menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menunjukkan bahawa beliau mendengar suara rakkat.

Beliau telah mengambil berat dengan memilih pemimpian yang tidak memiliki hubung kait dengan rasuah dan juga keinginan rakyat untuk memiliki kerajaan yang berintegriti.

Ini merupakan hal yang sangat penting, jika tidak kabinet beliau sudah pasti tidak akan memiliki kredibiliti dan tidak akan disokong oleh rakyat kerana ramai lagi yang masih tidak suka dengan kerajaan baharu kerana dianggap ‘kerajaan “pintu belakang”‘.

 

Sabah & Sarawak Penting

Perdana Menteri ke-8 ini juga telah memperlihatkan kepentingan Sabah dan Sarawak dan membuat portfolio baharu untuk Hal-Ehwal Sabah dan Sarawak yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) dan Datuk Seri Hadi Awang (PAS) tidak dilantik oleh beliau juga dilihat sebagai langkah yang bijak kerana ramai rakyat yang masih meragui mereka.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melihat ketegangan kaum di Malaysia semakin kritikal sejak dua tahun yang lalu menyebabkan beliau mengadakan Kementerian Perpaduan yang bakal berdiri sendiri tidak seperti kerajaan terdahulu yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

 

PM Ke-8 Bijak Memilih Anggota Kabinet

Memandangkan ini merupakan kali pertama sejak tahun 1970-an parti PAS memasuki kerajaan persekutuan, ramai yang tidak boleh membayangkan keadaan kerajaan terutamanya mereka yang bukan dari kalangan Islam.

Mereka risau tentang pencerobohan hak beragama akan berlaku.

“Semua orang berfikir portfolio keagamaan akan diberikan kepada PAS. Saya rasa perkara yang sangat bijak untuk melantik mufti Kuala Lumpur (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri) dan mengeluarkan politik daripada jawatan tersebut,” kata pengulas politik Khaw Veon Szu.

 

Memperkuatkan Parti Bersatu

Walau bagaimanapun, ia adalah amat jelas bahawa Kabinet Muhyiddin ini adalah untuk memperkuatkan parti Bersatu.

Kabinetnya terdiri daripada rakan dan juga pesaing. Beliau mahu memeriksa kekuatan dan wawasan parti Melayu yang dua lagi di dalam Perikatan Nasional ini terutamanya apabila UMNO memiliki jumlah ahli terbanyak dalam Parlimen.

Hampir kesemua portfolio yang penting diberikan kepada ahli Bersatu.

Semoga apa yang diharapkan rakyat akan direalisasikan pada kali ini dan mereka mempelajari daripada kesilapan sebelum ini serta mementingkan kerja dan tanggungjawab daripada politik, pangkat dan kuasa.

Show More

Related Articles

Back to top button