Sukan

Netizen Guris Hati Sathia Dengan Komen Rasis

“Sudah 63 tahun kita merdeka. Masih lagi maki menggunakan k*ling la, an*ing la”

Itulah luahan pengendali skuad Gergasi Merah, B Sathianathan selepas perlawanan Liga Super menentang Perak.

Isu rasis daripada penyokong pasukan Selangor ini dikatakan telah mengganggu fokus pemain untuk beraksi lebih baik ketika di padang.

Ia timbul berikutan netizen berkata B Sathianathan memilih bulu.

Malah mungkin beliau rasa ia lebih menyakitkan hati kerana kata ‘memilih bulu’ datangnya daripada seorang bekas pemain.

Sathia turut mempersoalkan adakah beliau bersalah meletakkan seorang pemain sepertinya?

Walhal pada zaman kegemilangan pasukan Selangor, pemain mereka terdiri daripada pasukan berbilang kaum.

“Selangor pada tahun-tahun mereka berjaya saya berani cakap. Empat India, lima India, tiga cina, empat Melayu bermain dalam satu pasukan dan jadi juara.

“Ini baru saya letak satu dan dua pemain India. Di Kelantan, saya letak dua India, dah juara. Itu Kelantan. Patut orang Kelantan bermain. Ini mereka tak boleh terima,” katanya.

Beliau yang membesar di kampung Melayu, tinggal berjiranan dengan orang Melayu tidak pernah dengar tentang hal rasis seperti ini sangat kecewa dengan tindakan netizen tersebut.

“Saya tak baca Facebook, tapi orang hantar kepada saya dan (moral) pemain saya jatuh. J Partiban di Perak tiada (isu) apa pun. Saya hormat penyokong Selangor yang datang stadium, saya tak hormat (penyokong di) Facebook,” luah B. Sathianathan setelah Selangor dan Perak terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas terikat 1-1.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon menegaskan mana-mana individu tidak sepatutnya mengeluarkan komen berbentuk perkauman.

“Penyokong berhak membuat komen mengenai prestasi pasukan, tapi tidak sepatutnya babitkan mengenai warna kulit atau pilih bulu. Jurulatih tak salah, dia tiada pilihan.

“Apa yang saya lihat Prabakaran beraksi dengan baik, dia tak buat silap apa-apa semalam (menentang Perak), gol pun bukan berpunca dari dia,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button