SukanTeknologi

Make-A-Wish Realisasi Impian Remaja Istimewa Menjadi Atlet NBA

Melalui program “Make-A-Wish”, seorang remaja istimewa telah dijadikan pemain rasmi bukan atlet di dalam permainan video NBA 2K20.

William Floyd, 15 tahun, seorang remaja yang mempunyai penyakti genetik yang menyebabkan kelemahan otot dan masalah jantung.

Secara fizikal dan kondisi badannya, Floyd tidak dapat bermain aktif seperti remaja lain.

Namun, Floyd telah berhajat di dalam program “Make-A-Wish” untuk mengunjung salah satu studio permainan video yang diminatinya, syarikat 2K.

Kehadirannya disambut baik pihak studio, malah 2K turut membantu Floyd merealisasikan dirinya sebagai seorang pemain bola keranjang NBA sebagai salah satu hadiah kepada Floyd.

Pergerakan Flyod telah dirakam dan direkodkan melalui rakaman ‘motion capture’ sebagai pergerakannya sendiri di dalam permainan.

Kini dia telah disertakan di dalam NBA 2K20 melalui Quick Game termasuk juga di dalam MyCareer dan juga MyLeague.

NBA 2K20 telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close