Bisnes & Ekonomi

Perniagaan Kedai Buku Semakin Merosot? Tidak Kata Kedai Buku Yang Satu Ini

Sejak adanya teknologi, kita lihat perniagaan kedai buku terutamanya yang memiliki rangkaian terkenal sepertinya tidak begitu meriah berbanding sebelum munculnya akses internet yang mudah.

Kebanyakan kedai buku pilih menutup kedai dan bertukar ke kedai atas talian untuk menjimatkan kos dan memenuhi permintaan ramai.

Perkara ini juga telah menyebabkan seorang wanita mula menerokai peluang untuk membuka kedai bukunya sendiri di atas talian.

 

Hobi Ke Perniagaan

Rachel Ang yang gemar membaca buku seringkali akan membeli buku di kedai buku terpakai untuk menjimatkan kos

“Pada satu hari ia membuat saya terfikir bahawa pencinta buku sudah pasti memiliki banyak buku dan mereka ini jika ke kedai buku, jarang sekali membeli hanya satu buku,” kata Rachel.

Ini telah membuatnya yakin bahawa dengan menjual buku, ia sebuah perniagaan yang menguntungkan, jelas Ang yang telah mewujudkan sebuah akaun di Facebook dan meletakkan 50 buku yang terdiri daripada buku kepunyaan dirinya dan juga yang baharu untuk dijual.

“Suami saya yang menyarankan untuk menggunakan Books n Bobs, sebuah perkataan yang hampir sama digunakan oleh orang British iaitu ‘bits and bob‘ yang membawa maksud objek pelbagai. Ini kerana saya juga bercadang untuk menjual barangan berkaitan buku seperti tanda buku dan penyangga buku, oleh itu nama tersebut memberitahu apa yang kami lakukan,”jelasnya.

 

Perniagaan Tidak Seindah Dijangka

Perniagaannya tidak seindah seperti yang dijangka, penjualan sangat perlahan dan Ang fikir dia harus membungkus perniagaan tersebut dan melakukan jualan cuci gudang setelah satu tahun mencuba.

Tetapi tiba-tiba nasibnya bertukar arah dan penjualan menjadi lebih baik dan Ang bertukar fikiran dan mula menambahkan stok dan menukar strategi pemasarannya.

“Saya bereksperimen menggunakan gambar berlainan dan cuba sentiasa memuat naik posting di Facebook setiap hari. Saya lebih rajin menulis sinopsis buku cerita supaya orang ramai lebih memahami buku tersebut dan membelinya,” jelas Ang.

Namun sebaik sahaja penjualan mula meningkat, beban pekerjaannya juga semakin meningkat.

 

Jualan Meningkat, Pekerjaan Juga Meningkat

“Terdapat pelbagai kerja disebalik tabir yang harus dilakukan. Apabila menjual di laman Facebook, komunikasi dengan pelanggan dilakukan melalui mesej langsung (chat).

“Saya perlu merekod dan mengemaskini stok secara manual. Selepas itu saya harus menimbang dan membungkus buku tersebut dan membawanya ke kereta saya lalu berbaris di pejabat pos. Jika seorang pelanggan menukar fikiran, saya harus mengulang kembali proses tersebut dari mula kerana harga dan berat serta kos penghantaran akan berubah,” katanya.

Melihat kepada keadaan yang tidak memungkin dirinya untuk melakukan perkara ini bagi jangka masa panjang, Ang membuat keputusan untuk berpindah ke laman web dengan pelbagai fungsi seperti penerimaan bayaran melalui kad, pindahan wang atas talian dan e-dompet.

Harga penghantaran pula dikira secara automatik dan buku tersebut disusun mengikut ‘tag‘ atau kata kunci bagi memudahkan pencarian.

 

Perubahan Yang Tidak Sempurna

Tetapi dengan setiap perubahan yang besar, ia tidaklah sempurna. Pada awalnya Ang masih menerima order daripada pelanggan lamanya yang masih menggemari penggunaan Facebook tetapi ini telah mendatangkan masalah untuknya.

“Kerana proses tersebut ialah manual, saya kadangkala terlupa untuk mengemaskini status terkini di laman web dan akhirnya telah terjual dua kali. Saya perlu memulangkan semula wang pelanggan dan memberinya bonus tambahan untuk membuat mereka rasa lebih senang,” ujar Ang.

Pengalaman ini telah membuat Ang sedar bahawa dia tidak boleh melakukan semua perkara dan memenuhi kehendak semua orang pada satu masa yang sama.

“Jika saya perlu kehilangan beberapa pelanggan kerana perubahan ini, ia bermakna mereka bukannya sasaran pelanggan saya,” kata Ang yang akhirnya memfokuskan kepada pelanggan melalui laman web yang membolehkan dia mendapat pelanggan lain melaluinya.

 

Tips Dari Ang Untuk Buka Kedai Atas Talian

Ang berkata laman web yang kelihatan profesional, jaminan kebolehpercayaan ini membolehkan lebih banyak penjualan.

Berubah kepada sebuah laman web sudah pasti sesuatu yang positif dan dalam hanya enam bulan, dia sudah mendapat keuntungan berlipat ganda.

Books n Bobs kini memiliki lebih 3000 tajuk buku dengan genre yang pelbagai termasuk fiksyen sejarah, fiksyen kontemporaro, perniagaan dan bantuan kendiri.

Dengan meningkatnya jualan perniagaannya, Ang kini boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran daripada mengepos buku tersebut sendiri.

Selain itu, dia juga mampu untuk mengambil pekerja untuk membantu dalam operasi harian.

Dengan transaksi yang berjalan berlaku di laman web, Ang tetap aktif dengan memuat naik posting di social media.

Sama ada ia merupakan kata-kata inspirasi, melakukan FB live ataupun mengadakan pertandingan serta pemberian hadiah untuk memastikan terdapat hubungan aktif dengan pelanggannya.

“Tidak kira apa perniagaan yang diceburi, kita perlu berhubungan baik dengan pelanggan. Apabila orang gembira, kita membina suasana positif untuk jenama. Walaupun mereka tidak memenangi pertandingan tersebut, mereka turut gembira telah mengikutinya dan ini bakal meninggalkan kesan yang baik untuk jenama anda,” nasihat Ang.

 

Bercita-Cita Memiliki Gudang Sendiri

Books n Bobs kini beroperasi dari ruang tamu rumahnya tetapi Ang berharap dia boleh berpindah ke sebuah gudang pada satu hari.

Ang yakin bahawa perniagaan penjualan buku tidaklah terkubur selamanya. Ini kerana orang tidak pernah berhenti membaca buku tetapi cara mereka membeli buku telah berubah, sekurang-kurangnya untuk beberapa segmen.

“Para pelanggan saya ialah mereka yang tidak sukakan keramaian. Mereka sudah tahu apa yang mereka inginkan dan mereka sangat handal dengan internet,” kata Ang.

 

Jika ada yang tertanya-tanya adakah pelanggannya daripada usia dewasa?

Mereka sebenarnya adalah golongan millenia dan kita berada di era di mana semua orang melihat telefon mereka lebih banyak daripada perkara lain. Dengan itu ktia tidak boleh berpaling daripada pemasaran digital.

Kedai buku fizikal tidak seharusnya membina kedai atas talian mereka tetapi mereka harus membangunkan strategi digital yang lebih kuat untuk menarik pelanggan ke arah kedai fizikal atau menjualnya melalui laman web.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close