AntarabangsaIsu Semasa

Keadaan Semakin Memburuk Untuk Warga Rohingya Di Rakhine

Sampai bila etnik Rohingya ini akan terus sengsara? Persoalan itu masih timbul walaupun sudah lebih sebulan setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah mengarahkan Myanmar untuk melindungi orang Rohingya daripada keganasan genosid di Rakhine di mana kebanyakan warga minoriti ini tinggal.

Namun, menurut laporan keadaan di Rakhine tidak seperti yang diharapkan. Malah terdapat serangan udara dan periuk api digunakan oleh pihak ketenteraan Myanmar.

 

Internet Disekat

Pihak kerajaan Myanmar pula telah mengenakan sekatan terhadap perkhidmatan internet yang menyukarkan lagi bantuan dan menghalang orang Rohingya di Rakhine untuk menyalurkan informasi untuk melindungi diri mereka kata organisasi yang memantau situasi di kawasan bergolak itu.

Sekatan teruk yang dikenakan ke atas pergerakan warga Rohingya dalam Rakhine dan juga keadaan kem pelarian di Bangladesh yang menempatkan lebih 700,000 pelarian Rohingya berada dalam keadaan yang menyedihkan.

Situasi ini telah menyebabkan lebih ramai daripada mereka cuba untuk diseludup keluar dan akhirnya menyebabkan mereka berada di dalam genggaman pemerdangangan manusia.

 

Pemerdagangan Manusia Berleluasa

“Terdapat juga penyeludupan Rohingya yang berlaku dari tahun 2014 dan juga sewaktu serangan militan Rohingya di Myanmar pada tahun 2016 dan 2017. Namun pada tahun ini, aktiviti seperti ini lebih banyak,” kata Kyaw Win, Pengarah Eksekutif Rangkaian Hak Asasi Manusia Burma yang berpangkalan di London yang menjalankan kajian bersama pasukan mereka di Myanmar.

“Rangkaian pemerdagangan manusia ini tidak digagalkan oleh pihak berkuasa Bangladesh dan Burma sekerap mungkin,” tambah Kyaw Tin yang bercakap berdasarkan kematian orang awam disebabkan oleh pergaduhan di antara pihak militan dan tentera Arakan.

Ini terjadi setelah pemadaman perkhidmatan internet di bandar Rakhine dan juga kawasan kejiranan Chin.

 

Tiada Langkah Melindungi Orang Awam & Barangan Awam

“Kami sangat prihatin terhadap kanak-kanak yang terbunuh dan tercedera. Malah terdapat laporan yang berkata senjata digunakan secara sewenang-wenangnya dan tidak ada langkah berjaga-jaga untuk melindungi orang awam serta barangan awam seperti sekolah dan tempat beribadan yang melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa,”kata pakar dalam sebuah kenyataan.

Sewaktu kes ini dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Myanmar telah mengiktiraf terdapat jenayah peperangan yang berlaku terhadap Rohingya tetapi menafikan genosid (pembunuhan atau penghapusan secara sengaja sesuatu bangsa atau kaum) berlaku.

 

Sejak Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Keadaan Semakin Parah

Sejak sekatan telekomunikasi dan internet berlaku di Rakhine dan Chin pada 3 Februari lalu, pakar telah mendapati tujuh orang awam telah mati termasuk tiga orang Rohingya di Buthidaung dan 50 orang cedera.

Mereka yang cedera ini termasuk 21 kanak-kanak akibat sekolah mereka dibakar di Buthidaung.

Pihak Penyelaras Kemanusiaan PBB telah mengenalpasti seramai lebih 660,000 di Rakhine harus mendapatkan bantuan kemanusiaan pada tahun ini.

 

Bantuan Semakin Sukar

Agensi PBB telah berdepan dengan pelbagai kesukaran untuk memberi bantuan kecemasan seperti makanan, khidmat kesihatan dan sokongan pendidikan di bandar Rakhine.

“Akses kepada masyarakat ini selalunya tersekat kerana isu birokrat dan keselamatan yang menyebabkan bantuan menjadi sukar untuk melakukan penilaian, bantuan dan memantau impak,”kata UN kepada The Straits Times.

Kesukaran ini sudah tentu mengakibatkan Rohingya sukar mendapat bantuan yang sepetutnya.

“Ia semakin teruk sejak dua tahun ini,”kata Hla Tun, 34, warga Rohingya yang tinggal di Maungdaw dalam sebuah perbualan telefon.

“Apabila orang Rohingya terperangkap dalam api, kami juga tidak sempat untuk menghantar mangsa ke hospital berdekatan,” ujarnya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close