Hiburan

Covid-19: Produksi Hollywood Turut Terjejas

Filem James Bond yang baru ditangguhkan, studio membatalkan festival filem dan produksi blockbuster ditutup.

Hollywood nampaknya sedang berdepan cabaran Covid-19 yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kata orang dalam AFP minggu ini.

“Saya tidak pernah melihat industri filem terjejas sebegini,” kata Jeff Bock, penganalisis kanan Exhibitor Relations.

“Ada insiden terpencil atau tragedi yang berlaku, yang mungkin mempengaruhi filem tertentu. Tetapi ini benar-benar menjangkiti semua industri dari atas ke bawah. “

Anggaran kerugian kewangan dari pawagam Asia yang sudah ditutup tahun ini adalah sekitar AS$2 bilion (RM8.4bilion).

Filem-filem utama Hollywood termasuk “Mulan”, sebuah blokbuster live-action antara Disney-China telah ditangguhkan di China.

Penangguhan tayangan pengembaraan filem 007 “No Time To Die,” termasuk tayangan di AS dan Eropah, menyoroti kesan tanpa sempadan virus itu.

Buat masa ini, panggung wayang Amerika Syarikat terus mantap walaupun terdapat kebimbangan mengenai penyebaran jangkitan, dan “Mulan” tetap akan dilancarkan bulan ini di Amerika Utara.

Tetapi penyebaran wabak koronavirus covid-19 di California dan New York dan beberapa kematian di Washington, boleh memberi kesan kepada kutipan filem.

“Kita akan melihat sedikit kemelesetan minggu ini dan pada masa ‘Mulan’ keluar, jika ia merosot seperti di China, ini akan mengubah keseluruhan landskap filem Hollywood,” kata Bock.

Sementara itu, pembeli besar termasuk Netflix, Amazon dan Apple telah menarik diri dari festival SXSW di Texas, yang merupakan pasaran penting untuk filem. Kesannya tidak akan terhad kepada studio utama.

Stephen Nemeth, yang menghasilkan “Fear and Loathing in Las Vegas” (1998) yang dibintangi Jonny Depp, mempunyai satu lagi filem bertemakan Hunter S. Thompson untuk ditayangkan di festival Austin.

Lebih daripada 50,000 orang telah menandatangani petisyen dalam talian yang meminta SXSW dibatalkan.

Sementara penganjur menegaskan ia masih akan berlaku, laporan mengenai penarikan diri dari studio ternama termasuk Warner Bros dan CNN telah menimbulkan keraguan.

“Saya tidak pasti jika SXSW masih akan berlaku,” kata Nemeth. Festival filem lain termasuk CinemaCon di Las Vegas, dan festival filem Cannes, berada di bawah pemerhatian.

Penggambaran filem juga turut terjejas. Penangguhan penggambaran yang dijadualkan untuk filem “Mission Impossible” di Itali, salah satu daripada negara yang paling teruk terjejas, telah dihentikan bulan lalu.

Netflix juga sedang mencari lokasi alternatif untuk penggambaran sebahagian daripada filem “Red Notice” dibintangi Dwayne Johnson yang dijadualkan berlangsung di Itali.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close