Teknologi

Durian Berpotensi Mengecas Peranti Elektronik Di Masa Depan?

Buah-buahan tempatan seperti durian dan nangka boleh mengubah cara kita mengecas telefon pintar atau kereta elektrik pada masa akan datang, menurut kajian yang diketengahkan di laman web Popular Mechanics.

Sekumpulan saintis yang diketuai oleh profesor Vincent G. Gomes di University of Sydney di Australia telah menemui cara untuk mengubah teras buah durian dan nangka menjadi superkapasitor elektrokimia atau alat penyimpanan tenaga yang mempunyai kepadatan tenaga yang tinggi, yang dapat kemudian dikembangkan lagi menjadi aplikasi seperti bateri untuk peranti elektronik dan pengangkutan.

“Superkapasitor menjanjikan simpanan tenaga kerana kestabilan kitaran tenaganya,” kata ahli sains itu dalam satu kertas. Dari segi tenaga, kitaran merujuk kepada proses mengecas sepenuhnya dan menyalirkan bateri.

Superkapasitor mempunyai dua kelebihan utama berbanding bateri yang digunakan dalam peranti seperti telefon pintar iaitu ia boleh dicas semula dengan cepat dan boleh dicas berulang-ulang tanpa merosakkannya, tidak seperti bateri lithium-ion yang bergantung kepada tindak balas kimia untuk menghasilkan kuasa.

Walaupun bermanfaat, superkapasitor tidak digunakan secara meluas sebagai bateri kerana mereka umumnya mempunyai kepadatan tenaga yang lebih rendah, dan juga mahal kerana campuran karbon-graphene standard (digunakan untuk melapisi elektrod dalam superkapasitor) dengan kos antara RM400 dan RM500 setiap gram.

Oleh sebab itu, Gomes dan pasukannya berharap dapat mengatasi kekangan ini dengan beralih kepada sisa organik yang lebih murah dari buah nangka dan durian.

Dalam Jurnal Storage Energy yang diterbitkan pada bulan Februari, para saintis mendedahkan proses mengekstrak sampel biomass bermula dari teras buah atau bahagian berserabut putih buah yang tidak dimakan dan mengubahnya menjadi aerogel berbentuk hitam, sangat menyerap dan ringan.

Menurut saintis, pendekatan mereka telah “berjaya dalam menghasilkan elektrod berasaskan udara yang mempunyai kapasitansi yang lebih tinggi daripada bahan karbon tradisional” yang digunakan dalam superkapasitor hari ini.

Dalam erti kata lain, saintis mendakwa bahawa superkapasitor yang berasal dari bahan buangan yang baru itu lebih berkuasa tinggi dan lebih murah daripada superkapasitor semasa.

Para saintis menambah bahawa disebabkan oleh pemanasan global dan bahan api fosil yang semakin berkurangan, terdapat keperluan untuk membangunkan peranti storan tenaga dengan ketumpatan tenaga yang tinggi dari sumber alternatif.

“Mengubah sisa makanan ke dalam produk bernilai tambah bukan sahaja akan meningkatkan ekonomi keseluruhan tetapi juga mengurangkan pencemaran alam sekitar,” saintis menyimpulkan.

Show More

Related Articles

Back to top button