Bisnes & Ekonomi

Daripada Beg Simen & Plastik, Perniagaan Sosial Ini Mampu Menukarkannya Menjadi Kraftangan Cantik

Sumber Imej: frontiermyanmar.net

Daripada kejauhan, rumah yang mana ChuChu Design berdiri kelihatan seperti rumah lain di bahagian ibu kota Myanmar.

Namun jika dilihat dengan lebih dekat, atap rumah mereka diperbuat daripada tayar lama, manakala dinding mereka diperbuat daripada botol kaca dan lampu mereka diperbuat daripada plastik yang dicairkan.

Kesemua barangan ini adalah hasil kitar semula barangan buangan menjadi barangan berguna oleh usahawan sosial yang dipelopori oleh Wendy Neampui, 68 tahun dalam misi memberi pendidikan kepada orang ramai tentang sisa buangan.

 

Perniagaan Sosial Menjual Produk ‘Upcycle’

Nama ChuChu berasal daripada perkataan Burma yang bermaksud ‘rumah plastik’. Mereka menjaul kraftangan dan produk fesyen kitar semula yang diambil daripada sampah yang dibuang di Yangon setiap hari.

Reka bentuk rumah ChuChu ini juga dibuat untuk memperlihatkan sisa buangan mampu menjadi sesuatu yang berguna.

Sumber Imej: frontiermyanmar.net

Perniagaan sosial yang dibentuk pada tahun 2014 melalui bantuan sebuah organisasi tanpa untung dari Itali, Cesvi telah memberi peluang pekerjaan kepada ramai pereka yang dilatih dan bekerja di syarikat ini untuk menghasilkan kraftangan yang diperbuat daripada beg simen dan paket snek.

“Saya mahu untuk menukarkan sampah daripada kawasan pembuangan menjadi sesuatu yang indah,” kata Pengarah Urusan ChuChu, Wendy yang juga menjahit kepingan plastik yang diseterika menjadi pemegang botol, sebuah teknik yang dipelajarinya melalui internet.

 

Mahu Mendidik Orang Ramai Sisa Buangan Juga Berguna

“Projek kami bukan sahaja untuk membuat kraftangan yang cantik daripada sampah tetapi untuk memberi pendidikan kepada orang ramai bahawa sampah juga boleh menjadi dekorasi di rumah,” jelas Wendy kepada Reuters.

Sumber Imej: myanmore

Menurut kerajaan bandar, dianggarkan sebanyak 2,500 ton sampah dibuang setiap hari daripada lima juta orang yang tinggal dan bekerja di sana.

Kebanyakan daripada sisa sampah ini berlimpah di jalan raya dan juga memasuki sistem pengaliran air kerana penguatkuasa bandar tidak mampu menyaingi pembangunan urbanisasi.

Ramai orang membakar sampah mereka di tepi jalan dan ini telah menyumbang kepada pencemaran udara yang mana Yangon merupakan antara bandar yang memiliki kualiti udara yang tidak sihat di dunia.

Di bandar Dala, sebuah bandar pinggiran di mana ChuChu terletak, jalanraya mereka dipenuhi dengan sampah sarap yang membusuk.

 

Orang Tempatan Sukar Menghargai

Walaupun kerajinan tangan yang dihasilkan oleh ChuChu sangat menarik, namun orang tempatan tidak beberapa gemar memberi buatan mereka kata Wendy dengan jujur.

Ini menyebabkan barangan mereka selalunya dijual di kedai buah tangan yang mensasarkan pelancong.

Sumber Imej: Bokashi Myanmar

Friedoe Jesker, seorang pakar pengurusan sampah dari Jerman yang juga Pengarah Urusan ChuChu berkata sasaran mereka ialah supaya orang beli bukan kerana rasa ingin tahu produk tersebut tetapi nilai yang ada pada produk tersebut.

“Ia sememangnya merupakan satu misi yang sukar tetapi kami mahu ke arah itu walaupun dalam keadaan perlahan,” katanya.

Wendy turut mengaku bahawa perniagaan sosialnya sudah pasti tidak boleh menjadi jalan penyelesaian sepenuhnya terhadap masalah sampah di Yangon namun ia merupakan satu langkah ke arah yang betul.

“Melalui teknik ini, saya boleh bantu menyelamatkan alam sekitar dan mendapat nafkah,” kata Wendy.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close