Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Cendawan Boleh Bantu Melindungi Kerosakan Sel Otak

Menurut sebuah kajian ke atas 600 orang Singapura yang berusia 60 tahun ke atas, memakan cendawan boleh membantu memastikan kesihatan mental warga tua pada tahap yang baik.

Kajian yang dilakukan oleh National University of Singapore (NUS) mendapati peserta yang memakan lebih daripada dua kali hidangan yang mengandungi cendawan dalam masa seminggu, bersamaan dengan 300g cendawan atau setengah pinggan, 57% daripada mereka berkemungkinan mengalami kecacatan kognitif yang sederhana berbanding mereka yang makan kurang daripada jumlah tersebut.

 

Apakah Kandungan Di Dalam Cendawan Yang Bantu Melindungi Otak?

Dr Irwin Cheah, penyelidik kanan di bahagian Biokimia NUS berkata ini berkemungkinan terjadi kerana cendawan mengandungi kompaun ergothioneine yang tinggi.

Kompaun ini bertindak sebagai antioksidan dan agen anti-radang yang boleh membantu melindungi sel otak daripada kerosakan.

Dalam sebuah kajian lain yang mana Dr Cheah turut terlibat, mereka mendapati kekurangan kompaun tersebut boleh meningkatkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer.

“Manusia tidak boleh mensistesis kompaun ini oleh itu ia perlu diambil melalui pemakanan,” jelas Dr Cheah.

 

Cendawan Mengandungi Kompaun ‘Magik’ Tertinggi

Dr Cheah dan pasukannya turut mengukur kandungan kompaun ergothioneine di dalam makanan lain termasuk kekacang dan hati tetapi mendapati parasnya adalah rendah berbanding cendawan.

Kajian ini dilakukan sebagai sebahagian daripada kajian oleh ‘Diet and Healthy Aging‘ (Pemakanan dan penuaan sihat) di Singapura.

Mereka yang telah didiagnos dengan penyakit dementia atau masalah mental yang serius dikecualikan daripada kajian cendawan.

Para peserta kajian harus melaporkan amalan pemakanan mereka termasuk makanan yang mengandungi enam jenis cendawan yang sering dimakan oleh orang di Singapura iaitu cendawan emas, cendawan tiram, cendawan shiitake, cendawan butang putih, cendawan kering dan cendawan di dalam tin.

Para pengkaji turut mengawal pemakanan makanan yang berkorelasi dengan fungsi kognitif seperti sayur, buah serta kekacang.

Setelah itu, para peserta perlu melakukan ujian untuk mengukur keupayaan kognitif mereka dan seberapa pantas mereka boleh memproses informasi.

Markah yang mereka dapati dikawal mengikut umur dan pendidikan mereka.

90 daripada 663 peserta telah dikategorikan sebagai mereka yang memiliki kekurangan kognitif yang sederhana. Ia merupakan tahap pertengahan di antara penurunan kognitif normal yang bergantung pada umur dan dementia yang mana ia adalah lebih serius dan tidak boleh sembuh.

 

Untuk Mengelak Dementia, Makanlah Cendawan!

Di Singapura, peratusan warga emas semakin meningkat dan kemungkinan terjadinya tsunami warga dementia di masa akan datang adalah tinggi.

Namun, menurut penyelia kajian, Prof Madya Feng Lei, berita baiknya ialah penurunan kognitif ini boleh ditangani.

Menurut beliau, orang yang mengalami gangguan kognitif sederhana masih boleh melakukan perkara dengan normal dan peratusan penurunannya boleh berkurang dengan pemakanan dan gaya hidup yang baik.

Kajian lanjut untuk melihat sama ada terdapat khasiat yang baik untuk menghasilkan ergothioneine yang asli atau digabungkan dengan nutrien daripada tumbuhan lain bagi mengelak penurunan kognitif akan dijalankan bagi membantu perkembangan makanan tamabahan pada masa akan datang.

Show More

Related Articles

Back to top button