Bisnes & Ekonomi

Forbes 2020: 22 Orang Paling Kaya Di Malaysia Mengalami Kerugian Dalam Jangka Masa Setahun

Senarai orang terkaya di Asia pada tahun 2020 oleh Forbes memperlihatkan lima pendatang baharu daripada Malaysia.

Walau bagaimanapun, menurut Forbes Asia, Malaysia telah mengalami kelembaban ekonomi dan kini diserang wabak Covid-19 hingga menyebabkan jumlah kekayaan taikun di Malaysia berkurangan.

Sumber Imej: TheStar

Sebab Mengapa Kekayaan Orang Paling Kaya Malaysia Berkurangan

Salah satu sebab perkara ini terjadi ialah kerana penurunan mata wang ringgit serta penurunan indeks saham sebanyak 10% telah memberi impak yang besar kepada orang kaya di Malaysia sehingga menyebabkan jumlah keseluruhan kerugian mereka turun sebanyak 7% ataupun RM329bilion sejak satu tahun yang lalu.

Namun, ini tidak menyebabkan kedudukan orang paling kaya di Malaysia, Robert Kuok tergugat.

Beliau masih menduduki di tangga teratas dengan jumlah kekayaan sebanyak RM48bilion, sebuah kedudukan yang dipegangnya sejak dua dekad yang lalu.

Kuok walau bagaimanapun turut terjejas dengan ekonomi dengan penurunan kekayaan sebanyak RM4.16bil (US$1bil) dalam masa satu tahun.

Kekal di tempat kedua dalam senarai orang kaya Malaysia oleh Forbes ialah Tan Sri Quek Leng Chan dari kumpulan Hong Leong yang telah menambah RM1.25bil ke atas kekayaan RM40.4bilnya.

Menduduki tangga ke-3 ialah T Ananda Krishnan dari Maxis dengan jumlah kekayaan sebanyak RM24.6bil, kurang RM1.25bil berbanding tahun lalu.

 

Paling Terkesan Dengan Ekonomi Negara

Orang mengalami kesan yang paling teruk akibat ekonomi ialah taikun perbankan Malaysia, Tan Sri Teh Hong Piow yang jatuh dua anak tangga dan menduduki tangga ke-5 dengan jumlah kekayaan RM18.7bil.

Ini terjadi kerana saham Public Bank, perbankan terdua terbesar di Malaysia mengalami kerugian yang teruk sebanyak kira-kira 30%.

Dalam pada itu, Kuok dan Teh, Tan Sri Lam Kok Thay (No.7, RM13.3bil) dan Hap Seng Consolidated Bhd, Tan Sri Lau Cho Kun (No.10, RM9.6bil) turut mengalami kerugian lebih daripada US$1bil apabila kekayaan mereka menurun sebanyak 5bil dan RM4.6bil masing-masing.

Ini termasuk juga mereka yang dibelakang tampuk AirAsia iaitu Tan Sri Tony Fernandes (No.41) dan Datuk Kamarudin Meranun (No.43) telah mengalami kerugian sebanyak RM1.4bil dan RM1.31bil masing-masing.

Seramai 22 orang yang tersenarai oleh Forbes mengalami kerugian dalam masa satu tahun. Akan tetapi, terdapat juga mereka yang mengalami keuntungan.

 

Tak Semua Rugi, Ada Yang Untung

Antaranya ialah pemilik kasino, Tan Sri Chen Lip Keong yang memasuki senarai 5 orang paling kaya di Malaysia dengan menduduki tangga ke-4. Ini adalah hasil daripada perkembangan pesat kasino NagaWorld miliknya yang berada di Kemboja yang membolehkan jumlah kekayaan miliknya meningkat sebanyak 6% menjadi RM22bil.

Selain itu, Kuan Kam Hon yang mengawal Hartalega Holdings Bhd, syarikat pembuat sarung tangan nitril terbesar di dunia juga mendapat peningkatan jumlah kekayaan daripada RM10bil menjadi RM11.6bil tahun ini.

 

Pendatang Baharu Dalam Senarai Orang Terkaya Di Malaysia

Antara lima orang baharu yang memasuki senarai Forbes itu ialah adik-beradik, Datuk Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng (No.6).

Mereka yang berkongsi legasi yang diturunkan oleh sang ayah Tan Sri Lee Shin Cheng yang meninggal dunia pada Jun tahun lalu.

Harta berjumlah RM20bilion itu telah diturunkan oleh mendiang ayah yang merupakan seorang arkitek dan pembina empayar syarikat kelapa sawit IOI.

Selain itu Chu Jenn Weng, pengasas syarikat elektronik ViTrox dan menduduki tangga orang terkaya ke-47 dengan jumlah kekayaan RM1.17bilion.

Oh Kuang Eng, bekas jurutera di Hewlett-Packard yang telah berkecimpung dalam industri pembuatan alat semikonduktor berjenama Mi Technovation juga berjaya memasuki senarai orang paling kaya di Malaysia dengan menduduki tempat ke-50 dengan jumlah kekayaan sebanyak RM1.06 bilion.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close