Sukan

Pasangan Beregu Badminton Yang Mana Bakal Layak Mewakili Malaysia Ke Olimpik Tokyo?

Pasangan beregu Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang tidak lagi bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah berjanji untuk terus bermain badminton tidak kira sama ada mereka layak ke Olimpik Tokyo ataupun tidak.

Pasangan ini berdepan dengan persaingan tiga penjuru dengan pasangan beregu lelaki Malaysia Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan satu lagi pasangan bebas Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk meraih tempat ke Olimpik.

 

Harus Berada Di Tangga ke-8 & Ke Atas Untuk Layak Ke Olimpik

Pasangan V Shem-Wee Kiong kini berada di tangga ke-13 manakala Aaron-Wooi Yik berada di tangga ke-10. Yew Sin-Ee Yi pula jauh di tangga ke-17.

Sesebuah negara hanya dibenarkan dua pasangan berentap di Olimpik dan hanya jika mereka berada di tangga 8 ke atas sebelum 31 April 2020.

Kelayakan Olimpik adalah lebih sukar apabila terdapat beberapa pertandingan yang ditunda seperti Terbuka Jerman (Mac 3-8) akibat wabak virus korona.

 

Masa Semakin Suntuk

V Shem-Wee Kiong tahu masa semakin suntuk untuk mereka mengikuti Olimpik Tokyo tahun ini. Namun mereka tidak putus asa untuk berusaha kerana ia mungkin adalah pertandingan Olimpik terakhir mereka akibat usia.

Pasangan ini pernah memenangi pingat perak di Olimpik Rio dan berkemungkinan besar tidak dapat mengikuti Olimpik Paris pada usia 35 tahun kecuali mereka kekal bertenaga dan termotivasi di peringkat tertinggi.

Walau bagaimanapun, mereka berdua berjanji untuk terus bermain walau apapun terjadi.

“Sudah tentu kami akan terus bermain,”kata Wee Kiong dengan tegas.

 

Pernah Mendapat Pingat Perak Di Olimpik

Hingga kini, pencapaian terbaik V Shem-Wee Kiong ialah kejayaan yang tak terduga mereka meraih pingat perak di Rio empat tahun lalu apabila mereka terlepas pingat emas di tangan pasangan China Fu Haifeng-Zhang Nan dalam sebuah persaingan yang sangat sengit.

Pasangan ini pernah menduduki tempat pertama di peringkat kebangsaan dan telah berjaya dalam beberapa pertandingan seperti pingat gangsa di Incheon Asian Games 2014 dan emas di Sukan Komanwel Glasgow pada tahun yang sama.

 

 Prestasi Tidak Konsisten

Namun dek kerana pencapaian yang tidak konsisten pasangan ini, pasangan muda Aaron-Wooi Yik telah memintasi mereka.

Terbaru V Shem-Wee Kiong telah melakukan kesilapan besar apabila terletas tarikh pendaftaran pertandingan All-England yang bakal berlangsung pada 11-15 Mac.

Walau bagaimanapun, mereka tetap meneruskan latihan untuk Terbuka Swiss (17-22 Mac) dan Terbuka India (24-29 Mac).

“Persiapan kami berjalan lancar. Kami melakukan beberapa kesilapan kerana telah terlepas tarikh untuk Terbuka England namun kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk Terbuka Swiss. Kami kini memiliki lebih banyak masa untuk bersedia,” kata Wee Kiong kepada TheStar.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close