Uncategorized @ms

Liga Profesional PUBG MOBILE MY/SG Bermula!

Terbaru Tencent telah mengumumkan sebuah liga profesional permainan PUBG Mobile bagi negara Malaysia dan Singapura yang digelar PUBG MOBILE Profesional League MY/SG 2020 (PMPL MY/SG2020).

Liga yang telah berlangsung selama 3 bulan ini menggunakan sistem yang baharu dan akan menggantikan PUBG MOBILE Club Open Series yang tamat baru-baru ini.

The Profesional League ini akan mempertandingkan hadiah terkumpul sebanyak AS$150,000 (RM624,000) dan akan dipertandingkan di dalam perlawanan luar talian (offline).

Pada masa yang sama, PMPL MY/MY2020 merupakan liga profesional pertama di Singapura.

Peringkat kelayakan akhir untuk wakil Malaysia dan Singapura telah pun berakhir dan 24 pasukan yang menyertai liga ini adalah seperti:

Pasukan profesional dijemput secara terus:

1. Team Secret Malaysia
2. FV Unbeatbale
3. Bapah Ah Esports
4. Traitor Esports
5. Yoodo GANK
6. Bigetron AROV
7. EVOS VIP
8. Geek Fam

12 Pasukan terbaik Malaysia yang layak:

1. TARA PROYECTO X
2. Axis MPX
3. Last Survivor R2K
4. Teram No Recoil
5. Team Bosskurr
6. TONE WOW ESPORT
7. Dingoz MZ
8. XPERT MY
9. MISSROSE ESPORT SYNDICATE
10. ESG Gaming
11. Resurgence
12. NED BROTHERHOOD

4 Pasukan terbaik Singapura yang layak:

1. Impunity Kage
2. Steel Heart Esports
3. DivinityEsport
4. Team H20

Liga ini akan berlangsung selama 3 minggu bermula dari Selasa hingga Ahad, 3 hingga 22 Mac 2020 di Kuala Lumpur.

Tambah lagi, ia akan melakukan strim-secara terus di laman Facebook PUBG MOBILE serta mempunyai kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Tiga pasukan teratas di dalam PMPL MY/SG 2020 akan mewakili rantau mereka dan akan bertanding di final SEA Regional Pro League.

Mereka seterusnya akan bertanding bersama pasukan-pasukan terbaik PUBG MOBILE dari seluruh dunia bagi merebut gelaran juara PUBG MOBILE World Leauge 2020.

Untuk maklumat terkini dan informasi lanjut, boleh layari laman rasmi Facebook PUBG MOBILE dan laman web PMPL.

Tags
Show More
Back to top button
Close