Isu SemasaTeknologi

Plague Inc: Permainan Simulasi Penyakit Diharamkan oleh Kerajaan China

Terbaru, sebuah permainan video telefon pintar simulasi mencipta virus dan penyakit telah dilharamkan  oleh kerajaan China di negara itu.

Plague Inc., permainan yang dibangunkan oleh Ndemic Creations telah dikeluarkan dari Apple App Store dan Google Play di China berikutan wabak COVID-19 yang menular kini.

Pihak Ndemic Creations berasa kesal kerana permainan ini tidak lagi dapat dimainkan di negara tersebut walaupun ia sudah dilancarkan hampir 8 tahun.

“Ia berada diluar kawalan kami,” jelas mereka dalam satu kenyataan.

Walaubagaimanapun, Plague Inc. sering digunakan untuk tujuan pendidikan. Ia juga diiktiraf oleh pertubuhan-pertubuhan yang dihormati seperti Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

Menurut App Annie, Plague Inc. menjadi aplikasi yang paling banyak dimuat turun sejak hujung Januari sehingga pertengahan Februari tahun ini.

Ini menunjukkan penyebaran COVID-19 sememangnya meningkatkan kesedaran dan perasaan ingin tahu tentang wabak penyakit dalam kalangan penduduk China.

Ndemic Creations berkata mereka akan menghubungi Pentadbiran Ruang Siber China secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah ini.

Sungguhpun begitu, mungkin tindakan kerajaan China terhadap permainan tersebut adalah sebagai langkah menyekat salah faham tentang wabak ini.

sumber: Global News

Show More

Related Articles

Back to top button