Isu SemasaSains

Beruang Kutub Memakan Satu Sama Lain: Normal Atau Tidak?

Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa gambar yang beredar di media sosial tentang beruang kutub memakan antara satu sama lain kerana kekurangan makanan.

Namun, adakah perkara ini biasa atau fenomena ini adalah langka dan ia terjadi akibat aktiviti manusia?

Sumber Imej: National Geographic

Menurut saintis dan pakar beruang kutub, Ilya Mordvintsev, fakta beruang kutub memakan antara satu sama lain sudah diketahui umum namun ia semakin membimbangkan kerana ia jarang berlaku sebelum namun kini ia semakin kerap dilaporkan.

Mordvintsev, yang merupakan penyelidik kanan di Institut Severtsov Permasalahan Ekologi dan Evolusi Moscow berkata terdapat musim di mana kekurangan makanan akan terjadi dan ini menyebabkan beruang kutub jantan yang besar akan menyerang betina bersama anak lalu memakannya.

 

Kes Semakin Banyak Dilaporkan

“Peningkatan kes juga disebabkan ramai orang bekerja di kutub Artik tidak hanya kumpulan saintis tetapi juga pekerja syarikat minyak dan anggota pertahanan,” katanya.

Mordvintsev berkata, pada musim sejuk kawasan dari Teluk Ob ke Laut Barents, di mana kawasan beruang kutub berburu, kini sibuk dengan kapal membawa muatan minyak dan gas (LNG).

“Teluk Ob sudah lama menjadi kawasan beruang kutub berburu. Namun kini ais di kawasan tersebut berpecah sepanjang tahun,” jelas Mordvintsev yang mengaitkannya dengan pengekstrakan aktif gas secara besar-besaran di semenanjung Yamal yang bersempadan dengan Teluk Ob dan juga pelancaran loji LNG Arktik.

Rusia yang sudah menjadi kunci global pengeksport dalam bidang gas dan minyak memang mahu membangunkan LNG di Arktik setelah melihat potensinya. Mereka juga memiliki kemudahan ketenteraaan yang signifikan di situ.

 

Tahun Ini Beruang Kutub Semakin Teruk Terjejas

Seorang lagi saintis Rusia, Vladimir Sokolov yang telah menjalankan pelbagai ekspedisi di Institut kajian Arktik dan Antartika yang berpangkalan di Saint Petersburg berkata tahun ini beruang kutub telah terjejas teruk kerana musim yang panas tidak menentu di Pulau Spitsbergen serta barat kepulauan Svalbard, Norway di mana tidak ada ais dan jumlah salji yang turun sangat sedikit.

Para pengkaji Rusia telah merekodkan bilangan beruang kutub semakin banyak beredar daripada kawasan berburu tradisi kerana ais yang semakin banyak mencair akibat pemanasan global.

Semenjak suku abad yang lalu, paras ais di kawasan Ais di akhir musim panas telah merosot sebanyak 40%.

Sokolov meramalkan bahawa beruang kutub tidak akan lagi dapat berburu di atas lautan ais dan terpaksa berada di kawasan persisiran dan latitud pulau yang tinggi sahaja.

Penduduk Rusia yang tinggal di Arktik juga telah mengemukakan kerisauan apabila lebih daripada sedozen beruang kutub ini memasuki kawasan perumahan mereka untuk mencari makanan di tempat pembuangan sampah.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close