Gaya HidupTeknologi

Scan & Shop Bantu Memudahkan Pembelian di Tesco

Bagi memudahkan urusan pembelian dan semak harga, Tesco Malaysia telah melancarkan sebuah aplikasi Scan & Shop bagi membantu para pelanggan.

sumber foto: soyacincau.com

Aplikasi kasi ini akan memaparkan tanda harga dan dimasukkan ke dalam bakul virtual dengan mengimbas telefon pada kod bar pada barangan.

Ia juga membantu pelanggan mengenal pasti harga sama ada promosi atau tidak disamping mengira jumlah barangan pembelian.

Aplikasi pada mulanya dilancarkan di Tesco Kepong dan Tesco Ampang. Kini, 59 dari 60 pasaraya ini telah mempunyai sistem ini dan Tesco Extra Selayang akan menyusul pada Jun 2020.

Sebelum menggunakan, pengguna perlu mengimbas QR kod pasaraya Tesco tersebut bagi mendapatkan harga terkini dan promosi di pasaraya itu.

sumber foto: soyacincau.com

Seterusnya, pengguna akan mengimbas kod bar harga produk dan memasukkan ke dalam bakul. Di dalam aplikasi semua harga produk dan jumlah akan dikira dan ditayangkan untuk pengguna membuat pembayaran di akhir pembelian.

Pengguna juga boleh menggunakan bersama Tesco Clubcard untuk mengumpul mata dan promosi khas.

Kepada pengguna Tesco, anda boleh memuat turun aplikasi ini untuk Android dan iOS.

Disamping itu, Tesco juga melaporkan bahawa pasaraya ini menerima kad debit dan kredit; bersama-sama beberapa aplikasi e-wallet seperti AliPay, Boost, GoodKredit, GrabPay, Kiple, Mcash dan TnG Wallet – bagi memudah dan mempercepatkan urusan pembeli para pelanggan.

sumber: SoyaCincau.com

Show More

Related Articles

Back to top button