Sukan

Olimpik Tokyo 2020: On Tak On?

Seorang pegawai kanan Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata semalam bahawa adalah terlalu bahaya untuk menganjurkan Sukan Olimpik di Tokyo musim panas ini kerana wabak coronavirus yang sedang melanda dunia.

Dick Pound, bekas juara renang dari Kanada yang menjadi ahli IOC sejak 1978 dan juga merupakan ahli paling lama dalam majlis berkenaan menjangkakan ada tempoh tiga bulan atau mungkin dua bulan untuk menentukan nasib Olimpik Tokyo, bermakna keputusan perlu dibuat sehingga penghujung Mei.

Kita Mungkin Akan Melihat Pembatalan?

“Pada sekitar tarikh berkenaan, boleh saya katakan orang ramai akan bertanya: ‘Adakah ia sudah dapat dikawal yang menyebabkan kita yakin mengenai Tokyo atau tidak?,” katanya.

Dick Pound. Sumber Imej: DailyMail

Ketika temasya berkenaan semakin hampir beliau berkata terdapat banyak perkara perlu dilakukan. Mereka perlu memperketatkan keselamatan, makanan, Perkampungan Olimpik, hotel dan juga keadaan warga media.

Jika IOC memgambil keputusan untuk tidak meneruskannya di Tokyo, “kita mungkin akan melihat kepada pembatalan,” katanya seperti yang dikhabarkan dalam BeritaHarian.

 

Kenyataan Penganjur Olimpik Tokyo 2020

Walau bagaimanapun, pada hari ini pihak penganjur Olimpik Tokyo 2020 yang bekerjasama dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) serta pertubuhan lain yang berkaitan mahu memastikan temasya sukan itu dapat dianjurkan, meskipun dunia kini dilanda wabak COVID-19, memetik jurucakap IOC lapor agensi berita Xinhua.

“IOC mengulangi bahawa persiapan untuk Sukan Olimpik Tokyo masih berjalan seperti yang dirancang,” kata jurucakap itu.

Katanya, penting untuk membendung penularan penyakit itu dan yakin dengan usaha pihak berkuasa berkaitan.

“Penganjur Tokyo 2020 akan terus bekerjasama dengan semua organisasi berkaitan untuk memantau dengan teliti mengenai sebarang kejadian penyakit berjangkit dan akan mengkaji semua tindakan yang diperlukan,” kata jurucakap tersebut.

 

Pendapat Dick Pound Tidak Mewakili  IOC

Terdahulu, jurucakap kerajaan Jepun, Yoshihide Suga pada Rabu berkata kenyataan Pound itu bukan mewakili IOC dan menegaskan persiapan untuk penganjuran Olimpik Tokyo 2020 berjalan seperti biasa.

Wabak yang bermula di China dua bulan lalu sudah menjangkiti lebih 80,000 orang di seluruh dunia dan membunuh lebih 2,700, sebahagian besar di China.

Virus berkenaan kini sudah mula menular di Korea Selatan, Timur Tengah dan Eropah, yang menimbulkan kebimbangan utama dengan Jepun sendiri mencatatkan empat kematian.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijadual berlangsung 24 Julai hingga 9 Ogos manakala Paralimpik pula dari 25 Ogos hingga 6 Sept.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close