Gaya HidupTeknologi

Trevo – Perkhidmatan Sewa Kereta ala ‘Airbnb’

Syarikat perkhidmatan kereta-kongsi, SoCar baru-baru telah memperkenalkan sebuah lagi platform dipanggil Trevo.

Seperti yang dipromosikan, perkhidmatan SoCar adalah berkongsi sebuah kereta dengan mengambil dan menghantar semula kenderaan yang dipinjam di lokasi tertentu atau lokasi itu semula.

Namun, mengikut Trevo, pemilik kereta boleh meminjamkan atau menyewakan kereta mereka mengikut kelapangan bagi menjana pendapatan.

Menurut kenyataan dari syarikat ini, Malaysia merupakan antara negara tertinggi dengan pemilikan kereta untuk setiap rumah pada 93% di rantau ini.

54% dari jumlah itu pula memiliki lebih dari satu kereta dan ia dikaji menjadi beban kepada pemilik untuk membayar ansuran jika kereta tersebut tidak digunakan untuk kegunaan tertentu.

Pengguna yang berminat boleh menyewa dari pelbagai seleksi kenderaan dari Perodua Bezza pada harga RM35 sehari sehingga kenderaan mewah seperti Rolls Royce Ghost pada harga RM6,000 sehari.

Pilihan juga boleh ditetapkan mengikut jenis kenderaan seperti kompak, sedan atau SUV/MPV.

Melalui Trevo, pemilik mampu membayar ansuran bulanan hanya dengan 6-8 hari menyewakan kereta mereka.

Pemilik juga mempunyai fleksibiliti untuk menentu harga sewaan atau menggunakan harga yang disarankan oleh pihak Trevo.

Trevo dioperasikan oleh Future Mobility Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat subsidari sepenuhnya milik SoCar Mobility Malaysia Sdn Bhd.

Bagi yang berminat menggunakan perkhidmatan ini, anda boleh melayari laman web rasmi Trevo atau memuat turun aplikasi ini untuk kedua-dua peranti Android dan iOS.

sumber: soyacincau.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close