SukanTeknologi

Si Comel 7 Tahun Juara Pokemon Antarabangsa

Hebat, pemenang untuk kategori Juniors Kejohanan Pokémon Oceania International 2020 diadakan di Melbourne, Australia baru-baru ini dimenangi oleh kanak-kanak berusia 7 tahun!

Dalam kejohanan kompetitif pertamanya ini, Simone Lim yang berasal dari Singapura berjaya menewaskan juara tahun lalu, Justin Miranda-Radbord.

Kemenangan itu sekaligus menjadikan adik ini juara kategori Juniors dan merupakan kejayaan terbesarnya.

Adik ini tidak lupa berterima kasih kepada ibu bapa, kawan-kawan dan jurulatih yang sentiasa memberi sokongan.

Simone membawa pulang sekurang-kurangnya AS$1,500 (RM6,300) dan juga memperoleh slot kelayakan untuk bertanding di peringkat Kejohanan Dunia (World Championships) yang akan diadakan pada bulan Ogos tahun ini di United Kingdom.

Dalam kejohanan yang sama terdapat beberapa lagi kategori yang dipertandingkan termasuklah kategori Juniors.

Kejohanan ini dianjurkan oleh The Pokémon Company dan Pokémon Sword and Shield digunakan sebagai permainan pertandingan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close