Isu SemasaTempatan

Mangsa ‘Macau Scam’ Beri 6 Tips Untuk Orang Ramai Supaya Tidak Menjadi Mangsa Penipuan Jahat Ini

Mangsa penipuan “Macau Scam” ini sering kali muncul di akhbar berita. Daripada belasan, puluhan hingga ke ratusan ribu wang telah dirampas dengan sekelip mata tanpa belas kasihan terhadap mangsa.

Inilah cerita salah satu mangsa penipuan yang harus anda ambil iktibar supaya tidak terjadi pada anda.

 

Si Penipu Tahu Butiran Seperti No. I/C

Mangsa mendapat panggilan daripada seorang wanita daripada “balai polis” yang membacakan nombor I/C mangsa.

Apabila mangsa mengakui nombor tersebut adalah miliknya, wanita tersebut berkata mangsa telah terlibat dengan kes langgar dan lari di Pulau Pinang dan juga pengubahan wang haram.

Daripada panggilan pertama itu datang lagi pelbagai panggilan telefon lain serta mesej melalui WhatsApp dengan orang kononnya pegawai inspektor, pegawai siasatan, mahkmah dan pihak bank.

Mereka telah memanipulasi si mangsa dengan berfikir bahawa dirinya telah menjadi mangsa kecurian identiti dan mereka boleh membantunya membersihkan namanya dengan bayaran.

 

Turut Hantar Video Untuk Meyakinkan Mangsa

Mereka turut menghantar rakaman video “suspek” dan meyakinkan si mangsa bahawa mereka boleh membantunya.

Mangsa akhirnya memasukkan wang yang mereka minta kepada akaun pihak ketiga. Dua hari kemudiannya si penipu telah menelfon mangsa sekali lagi untuk memberikan maklumat lanjut tentang “penyiasatan” yang sedang dijalankan dan meminta daripada mangsa wang tambahan.

Namun pada kali ini mangsa ingin bersemuka dengan pegawai penyiasatan dan ingin mengetahui bagaimana dia boleh terlibat dengan jenayah pencurian identiti dan apakah penalti yang akan dikenakan jika dia didapati bersalah.

Dengan segala wang simpanan yang tertinggal di dalam akaun mangsa, dia ke Pulau Pinang untuk mengetahui lanjut status dirinya.

Sampai di ibu pejabat polis, akhirnya mangsa sedar dia telah memasuki perangkap penipuan Macau.

 

Tips Pembelajaran Dari Mangsa Macau Scam

Walau bagaimanapun, mangsa lega perkara ini telah berakhir buat dirinya tetapi mangsa sempat berkongsi beberapa tips pembelajaran daripada pengalaman ngerinya itu kepada TheStar supaya ia tidak akan terkena kepada sesiapa pun.

1. Jika anda seorang individu biasa yang menjalani kehidupan biasa dan tiba-tiba dituduh terlibat dalam jenayah berat, anggaplah ia penipuan. Jika ia benar sekali pun, anda tidak bersalah sehinga dibuktikan bersalah.

2. Realiti butiran MyKad kita senang untuk didapati adalah sangat buruk tetapi kita harus ingat untuk sentiasa menyimpannya dengan baik.

3. Jika anda sedang menyimpan wang untuk sesuatu, gunakan wang tersebut sebaik sahaja anda memilikinya atau jika mahu menyimpan, pastikan ia berada di dalam akaun pelaburan di mana anda tidak boleh mengeluarkan wang tersebut dengan mudah.

4. Jangan pernah berurusan tentang perkara peribadi melalui telefon ataupun mesej terutamanya apabila ia berkaitan dengan polis atau mahkamah. Ia seharusnya dilakukan dengan bersemuka.

5. Jika anda meragui panggilan yang anda dapat, ia adalah hak anda untuk mengakhiri perbualan tersebut. Gunakan teknologi yang ada sekarang yang membolehkan anda mengetahui siapa yang menelefon anda.

6. Anda boleh berhubung dengan orang lain tentang kes yang mungkin melibatkan diri anda walaupun anda telah diberi “amaran” (daripada si penipu/scammer) bahawa kes yang melibatkan diri anda sedang dalam siasatan dan anda bakal di dakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi jika memberitahu orang lain kerana itulah gunanya peguam.

 

Orang Ramai Jangan Pula Tambah Garam Kepada Luka Si Mangsa!

Bagi yang kenal sesiapa yang terkena tipu daya oleh scammer ini, janganlah memburukkan keadaan atau mengecilkan hati si mangsa dengan berkata kenapa bodoh sangat bayar wang kepada mereka atau cuba memberi nasihat dan berkata kalau saya dah lama permainkan penipu itu. Ia sudah pasti tidak akan mengembalikan wang simpanan dari peluh keringat si mangsa dan tidak boleh memperbaiki keadaan.

Oleh itu berhati-hati dengan panggilan telefon yang anda dapat dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini tentang modus operandi si penipu ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close