Gaya HidupPercutian

Festival Salji Sapporo Terjejas Teruk Akibat Kita Semua

Setiap tahun puluhan ribu pelancong akan mengunjungi festival salji di utara Jepun iaitu Sapporo untuk melihat 200 hasil gubahan ais yang sangat luar biasa.

Walau bagaimanapun, tahun ini terdapat masalah yang sangat besar! Tidak ada salji di Sapporo..

Dengan suhu yang semakin menurun akibat perubahan iklim, para penganjur terpaksa membawa masuk salji daripada bandar-bandar kejauhan supaya mereka boleh membina gubahan ais tersebut.

 

Terpaksa ‘Import’ Salji

“Kekurangan salji adalah satu hal yang tidak dijangka,” kata Yumato Sato, seorang pegawai yang bertanggungjawab mengadakan acara festival salji ini.

“Kami terpaksa membawa salji daripada pelbagai daerah yang kami tidak pernah lakukan sebelum ini seperti Niseko, sebuah bandar yang terletak 60km daripada Sapporo yang terkenal dengan luncur ais,” tambah Yumato.

Festival ini selalunya memerlukan 30,000 ton salji untuk membentuk pelbagai arca seperti watak anime hingga kuda lari terkenal dan salji ini haruslah daripada salji yang murni supaya arca yang dihasilkan itu adalah sempurna.

“Salji tersebut tidak boleh ada kotoran jika tidak arca itu boleh pecah,” jelas Yumato.

“Kami hampir sahaja tidak mampu mengumpulkan cukup salji.”

 

Resort Ski Terpaksa Ditutup

Dengan kurangnya salji pada tahun ini, banyak resort ski di Jepun terpaksa ditutup. Menurut Weathernews, suku daripada 400 resort ini dikatakan harus menutup operasi mereka.

Salah satu tarikan utama festival ini turut terjejas iaitu sebuah gelongsor yang selalunya berukuran 100m panjang dan 10 meter tinggi terpaksa dikecilkan saiznya.

Gelongsor ais di Festival Sapporo

Berdasarkan Agensi Meterologi Jepun, salji yang turun di Sapporo telah berkurangan sebanyak setengah berbanding yang selalunya.

Suhu yang tinggi telah menyebabkan salji cair dengan lebih cepat iaitu pada pertengahan Disember dan paras merkuri dijangka akan melebihi aras biasa.

Perkara ini telah menyebabkan kesukaran untuk 125 Pasukan Pertahanan Diri tempatan unuk membentuk arca yang selalunya mereka bina setinggi 15meter.

“Memandangkan cuaca yang lebih panas tahun ini, kami tidak memiliki banyak salji dan salji pada kali ini mengandungi lebih banyak air yang bakal menyebabkan arca tersebut bakal cair dengan lebih cepat,” kata pegawai pemerintah Kolonel Minoru Suzuki.

Arca istana di Taman Lazienki yang terletak di Warsaw. Sumber Imej: LIVEJapan

Pasukannya telah mengambil 100 hari untuk merancang dan membina arca berketinggian 15m dan 20m lebar yang membentuk istana di Taman Lazienki yang terletak di Warsaw sebagai tanda ulang tahun ke-100 hubungan diplomatik antara Jepun dan Poland pada tahun lalu.

“Kami terpaksa sentiasa membetulkan arca tersebut, oleh itu ia agak sukar apabila harus menyambungkan semula gubahan air apabila cuaca tidak mengizinkan,”tambahnya.

Festival yang sudah berlangsung selama 70 tahun ini telah menarik perhatian 2.7juta pengunjung tahun lalu.

Sunao Kinoshita, 75 tahun yang datang dari Osaka berkata beliau harus melihatnya sekali sebelum meninggal dunia.

“Bandar utara Jepun telah mengadakan festival salji setiap tahun. Ia adalah sangat sayang jika festival seperti ini harus diberhentikan akibat pemanasan global,”katanya.

Seorang lagi pengunjung yang selalu datang ke festival salji ini telah menyalahkan pemanasan global.

“Saya risau apabila cuaca tahun ini berubah. Selalunya terdapat lebih banyak salji. Saya rasa ianya pelik dan saya rasa pemanasan global betul-betul sedang terjadi,” kata Ayaka Muto, 31 tahun.

 

Tema Mengangkat Etnik Minoriti Jepun

Tema utama untuk festival tahun ini yang telah diadakan sejak 11 Februari ini ialah etnik minoriti Ainu di Hokkaido sebelum sebuah muzium nasional bertemakan Ainu yang juga dikenali sebagai Upopoy atau ‘bernyanyi bersama’ dalam bahasa Ainu bakal dibuka pada bulan April ini.

“Kami belum pernah mengadakan arca dengan bercirikan Ainu yang sangat gagah,” kata Sato.

Salah satu arcanya ialah seekor burung hantu Balkiston dengan sayap lebarnya memandang ke arah arca muzium dan kapal.

Burung hantu dianggap tuhan oleh budaya Ainu.

Salah satu arca yang lain ialah berdasarkan mitos Ainu iaitu tuhan guruh dan puteri hutan.

 

 

Berdoa Untuk Salji Turun

Terdapat juga beberapa orang yang beragama Shinto berdoa kepada Tuhan alam untuk mendapatkan lebih salji.

Di pertengahan bulan Januari, sebuah resort luncur salji di barat Hyogo telah mengundang paderi Shinto untuk mengadakan upacara memohon tuhan untuk lebih banyak. Perkara ini turut dilakukan oleh penganjur festival salji Yamagata di utara Jepun.

“Ia bukanlah kami tidak cukup salji. Malah kami tidak ada salji sama sekali. Perkara ini serius dan ia merupakan sebuah bencana,” kata Gabenor Hyogo, Toshizo Ido.

Penganjur festival Sapporo berharap mereka boleh meneruskan acara terkenal ini pada masa akan datang walaupun terdapat perubahan iklim.

“Tahun ini merupakan tahun ke-71 acara ini. Ia sebuah festival yang kami mahu adakan pada masa akan datang juga tetapi ini adalah tentang cuaca. Oleh itu kami hanya mampu berdoa,” kata Sato.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close