Teknologi

Grab Dilihat Mahu Mengadakan Perkhidmatan Teksi Terbang di Asia Tenggara

Baru-baru ini, syarikat e-hailing Grab mengumumkan mereka kini dalam penyelidikan untuk membangunkan teksi terbang dengan syarikat Volocopter.

Melalui kerjasama ini, Grab menjangkakan penggunaan perkhidmatan teksi terbang bermula di bandar-bandar utama di Asia Tenggara.

Namun, setakat ini, boleh dikatakan kerjasama ini berada di peringkat kajian yang masih terlalu awal.

Pelbagai faktor yang sedang dikaji seperti memilih bandar, memilih tapak pelepasan dan destinasi serta kos penyelenggaraan dan faktor keselamatan.

Menurut sebuah laporan, perkhidmatan teksi terbang ini mungkin hanya beroperasi di lokasi terpilih di mana ia tidak mendarat mana-mana destinasi yang pengguna mahu.

Sebelum ini, syarikat Volocopter pernah memperlihatkan teksi udara jenis eVTOL yang mampu membawa sehingga 4 orang penumpang.

Volocopter menyasarkan penawaran secara komersil menjelang 2022 kelak.

Syarikat ini juga telah berjaya melakukan beberapa ujian penerbangan di beberapa bandar seperti Dubai dan Singapura.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close