Teknologi

Quantum League – Sukan Menembak Dengan Konsep Paradoks Masa

Sebuah lagi permainan menembak pandang pertama (FPS) telah diumumkan namun ia menggunakan konsep penembak paradoks masa.

Nimble Giant Entertainment telah memperkenalkan Quantum League – sebuah permainan penembak paradoks masa yang mana ianya memfokuskan perlawanan menembak secara kompetitif antara satu lawan satu ataupun dua lawan dua secara atas-talian.

Apa yang yang membezakan Quantum League dengan permainan penembak yang lain adalah konsep permainannya yang menggunakan paradoks masa dan klon diri pemain sendiri.

Secara kasarnya, pemain akan berlawan dengan seorang pemain lain di dalam yang akan merekod setiap pergerakan di dalam satu tempoh ‘loop’ (pusingan masa).

Pergerakan ini akan direkod dan diklonkan sehingga 2 lagi klon anda untuk membantu anda memenangi pusingan permainan.

Ini menjadikan pemain boleh menyelamatkan klon dari terbunuh (berdasarkan rekod pergerakan sebelumnya) atau merancang strategi terbaru untuk menang.

Di akhir loop ke-3, pemain perlu membunuh lawan dan klon-klonnya dan berdiri di pentas objektif untuk menang pusingan tersebut. Pemain dengan 3 kali kemenangan pusingan akan memenangi keseluruhan permainan.

Quantum League juga boleh dimainkan secara bergu untuk permainan yang lebih mencabar dan strategi yang lebih meluas.

Menurut Nimble Giant, sesi terbuka permainan ini akan bermula pada 21 Februari hingga 2 Mac ini khas melalui PC melalui Steam.

Mereka juga merancang untuk melancarkan Quantum League untuk konsol PlayStation 4 dan Xbox One namun tiada tarikh yang diumumkan memandangkan mereka ingin memfokus untuk pelancaran dan akses awal di PC.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close