Gaya HidupKesihatan

Doctor On Call: Dapatkan nasihat doktor tentang COVID-19 melalui ‘chat’

Bagi menjawab soalan daripada orang awam yang saban hari semakin bertambah, sekali gus membanteras informasi yang tidak tepat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama DoctorOnCall telah melancarkan portal Khidmat Nasihat Virtual khusus untuk menangani kerisauan orang ramai mengenai wabak COVID-19.

Portal ini merupakan inisiatif pihak kerajaan yang pertama seumpamanya di rantau ini dan disediakan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

Portal ini boleh diakses dimana sahaja, setiap hari, dari jam 8.30 pagi – 5.00 petang melalui laman sesawang www.moh.gov.my (klik laman koronavirus) atau www.doctoroncall.com.my/coronavirus.

 

Doktor Boleh Dihubungi Melalui Chat, Telefon Atau Video

Melalui portal ini, orang awam dapat membaca artikel sahih dan tepat mengenai penyakit tersebut; mengambil ujian penilaian kendiri bagi mengetahui risiko jangkitan COVID-19 dan berhubung secara virtual (melalui chat, telefon atau video) dengan Doktor Pakar KKM, bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan gejala mereka.

Khidmat nasihat virtual ini membolehkan para doktor menentukan tahap risiko dan kesihatan pelanggan sebelum memberikan nasihat dan pandangan untuk langkah seterusnya.

Sekiranya pemanggil didapati mempunyai risiko yang tinggi terhadap jangkitan tersebut, protokol kementerian daripada Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) akan diaktifkan dan proses ini boleh berlaku secara lancar.

 

Bersama KKM Untuk Menangani Isu COVID-19

“Dalam membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani isu wabak COVID-19, DoctorOnCall telah menyediakan satu portal Virtual Health Advisory yang dapat menghubungkan pelanggan dengan doktor pakar daripada KKM untuk mendapatkan nasihat mengenai penyakit COVID-19.

Seramai 20 orang doktor pakar KKM yang terdiri daripada Pakar Perubatan Keluarga akan bertugas secara giliran, bersama pasukan digital kami, sentiasa bersiap sedia untuk memastikan kelancaran portal ini dalam menjawab pertanyaan oleh orang awam.” kata Hazwan Najib, Pengasas DoctorOnCall.

 

Mahu Membanteras Berita Palsu

“Penyebaran maklumat yang tepat dan benar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui portal ini dapat mengurangkan penularan maklumat palsu mengenai penyakit COVID-19. Hal ini lantas meredakan ketakutan dan kebimbangan orang awam. Pendekatan sebegini secara tidak langsung membantu mengurangkan kesesakan di klinik-klinik kesihatan dan hospital di seluruh Malaysia. DoctorOnCall sangat berbesar hati dapat menyokong inisiatif Kementerian Kesihatan ini dalam menangani saat kritikal dan penting untuk negara kita.

Ditubuhkan pada 2017, DoctorOnCall merupakan satu platform kesihatan digital yang pertama dan terbesar di Malaysia. Ia menawarkan konsultasi atas talian, farmasi atas talian, penghantaran ubat, rencana-rencana kesihatan, tempahan doktor dan doktor pakar.

Dengan rangkaian yang luas melebihi 1500 doktor pakar di hospital swasta, dan lebih dari 100 doktor perubatan am di seluruh Malaysia, para pesakit dapat membeli dan mendapatkan ubat-ubatan preskripsi dengan selamat dan segera.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close