Gaya HidupKerjaya

6 Sektor Penting & 4 Pekerjaan Terhangat Di Malaysia

Bagi orang yang tidak tahu perkataan ‘milenial’ ini adalah merujuk kepada golongan mana, ia sebenarnya mereka yang lahir di antara tahun 1981 hingga 1996.

Golongan milenial yang berusia 23 hingga 38 tahun inilah yang merangkumi 76% dalam syarikat SMB (Perusahaan Kecil dan Menengah). Mereka ini yang juga dikenali sebagai Gen-Y telah melangkaui para pekerja Gen X yang berusia di antara 39 hingga 54 tahun yang hanya merupakan 15% di dalam syarikat SMB.

Mereka daripada Gen-Z yang berusia di bawah 23 tahun dan merupakan graduan kolej pula adalah 7% dan sisa 2% merupakan ‘baby boomers‘ yang berusia 55 tahun ke atas.

Dengan peratus golongan milenial yang tinggi dalam syarikat-syarikat di Malaysia, mereka perlu beradaptasi dengan budaya kerja yang mungkin berbeza.

Ini termasuk pekerjaan “gig” iaitu melakukan pelbagai pekerjaan atau bekerja untuk pelbagai organisasi dan bukan hanya bekerja di bawah satu syarikat sahaja.

Golongan Milenial Tidak Asal Kerja Sahaja

“Kami sedar mereka dari golongan milenial ini memiliki hubungan yang sangat lain dari segi kerja.

Mereka lihat tujuan syarikat yang mereka mahu bekerja dengan dan bagaimana mereka boleh bersama dengan tujuan syarikat tersebut,” kata Pengarah Urusan Asia-Pasifik LinkedIn, Olivier Legrand kepada TheStar.

Beliau berkata, golongan milenial ini juga berfikir sama ada mereka boleh bekerja secara persendirian tanpa perlu memasuki mana-mana organisasi.

Kes ini terutamanya terjadi jika mereka memiliki kemahiran berkaitan teknologi yang kini sangat dicari-cari majikan.

“Mereka yang memiliki kemahiran ini bakal berada di posisi untuk memilih sama ada mereka akan bekerja untuk sesuatu organisasi atau memilih “gig” yang mana mereka boleh lakukan untuk beberapa organisasi dalam satu jangka masa,” kata Legrand.

Dengan itu, pihak syarikat perlu beradaptasi dengan situasi ini dengan mewujudkan sebuah struktur di mana mereka boleh mengambil pekerja gig sebagai pekerja sampingan yang boleh membantu pekerja tetap mereka.

 

6 Sektor Penting Di Malaysia Sekarang

Di Malaysia SMB dan juga SME (Perusahaan Kecil dan Sederhana) yang selalunya memiliki lebih ramai pekerja tetap, mereka merangkumi 90% pendiri perniagaan di dalam negara.

Berdasarkan data LinkedIn, terdapat lebih banyak pekerja SMB di Malaysia yang bekerja dalam bidang teknologi informasi (IT), pemasaran, periklanan, hospitaliti, internet dan pembangunan berbanding pekerja di enterprise yang besar.

Dalam LinkedIn, pekerja SMB (48%) juga lebih aktif mengikuti pengisian syarikat untuk maklumat profesional.

Mereka jauh lebih gemar untuk membaca tentang topik berkaitan teknologi berbanding pekerja dari syarikat enterprise.

Menurut Legrand, disebabkan era digital, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan para usahawan di rantau ini kebanyakannya risau untuk mengambil pekerja.

 

4 Pekerjaan Terhangat Di Malaysia

“Di Malaysia, data kami menunjukkan kemahiran yang berkembang dengan sangat pesat ialah Perkomputeran Awan, Rekabentuk Pengalaman Pengguna, Visualisasi Data dan Sains Data.

Memiliki kemahiran dalam bidang ini menunjukkan peningkatan permintaan yang meningkat setiap tahun,” kata Legrand yang melihat banyak syarikat menggunakan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan dan automasi pada masa akan datang.

“Oleh sebab itu, ia adalah penting untuk mereka memiliki pekerja yang memiliki kemahiran teknologi yang relevan atau ingin belajar dan memahami konsep asas,”tambahnya.

 

Berkemahiran Tinggi Tetapi Perlu Punya ‘Soft-Skills’ Juga

Dalam jangka masa panjang, kemahiran terpenting seperti kemahiran insaniah termasuk kreativiti, berfikir secara kritikal dan kepimpinan membolehkan mereka bersiap sedia dengan teknologi baharu yang bakal muncul.

“Apa yang kami lakukan ialah untuk membantu syarikat mendapatkan pekerja berkemahiran teknologi dan insaniah yang baik,” jelas Legrand.

Menurut Legrand, setiap generasi sebenarnya memiliki kemahiran mereka masing-masing dan majikan perlu mengambil peluang tersebut untuk mengetahui potensi dan impak yang mereka boleh sumbang kepada syarikat.

“Apa yang menariknya ialah mereka (setiap generasi) memiliki satu trend yang sama iaitu keinginan untuk berkembang maju.

Legrand mencadangkan supaya majikan mengangkat kemahiran yang dimiliki oleh generasi berbeza ini untuk menutupi jarak kemahiran yang mungkin wujud dalam syarikat. Contohnya Gen Z yang berkemahiran teknologi akan berkongsi dengan baby boomers tentang asas teknologi tersebut.

Manakala anak muda pula boleh mengambil kemahiran insaniah yang mereka kurang miliki. Mentorship dan perhubungan di antara para pekerja ini memberikan semua orang ilmu praktikal yang releven untuk mereka berkembang maju.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close