HiburanTeknologi

Diablo dan Overwatch Akan Di ‘Anime’kan

Dua permainan video dari Amerika Syarikat, Activision Blizzard telah disahkan akan diadaptasi menjadi rancangan animasi iaitu Diablo dan Overwatch.

Di dalam posting terbarunya di Linkedln, Presiden Bersama Activision Blizzard Studios Nick van Dyk menyatakan siri Diablo tersebut akan menggunakan tema ‘anime’ untuk tayangan Netflix yang seakan-akan siri Castlevania.

Mengikut khabar angin, siri tersebut mula diperkatakan sejak 2018 lagi dan kini menurut van Dyk, rancangan ini sekarang berada di dalam proses pra produksi dan bakal ditayangkan seluruh dunia di dalam Netflix.

Bagi Overwatch pula, van Dyk menjelaskan beliau dan rakan kreatifnya telah pun menyiapkan siri tersebut mengikut francais asli Overwatch dan telah menjualnya.

Namun, tiada sebarang pengumuman mengenai rancangan tersebut dan kepada siapa siri ini dijual.

Peminat Overwatch sudah tidak asing lagi kepada animasi CGI pendek permainan video ini yang kaya dengan cerita latar belakang kepada watak-wataknya.

Blizzard Activision juga turut menghasilkan sebuah sinematik terbaharu untuk sekuel permainan ini, Overwatch 2.

Selain itu, Activision pernah dilaporkan bakal menghasilkan sebuah filem dari permainan video popular juga, Call of Duty namun projek tersebut telah ditangguhkan.

Walau bagaimanapun, Diablo IV dan Overwatch 2 masih di dalam pembikinan dan tiada sebarang tarikh pelancaran dilaporkan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close