Sukan

Berusia 75 Tahun Dan Bercita-Cita Untuk Menjadi Pemain Bola Sepak Profesional Tertua Di Dunia!

Ezzeldin Bahader, 75 tahun dari Cairo, Mesir mahu menjadi pemain profesional bola sepak apabila telah mendaftarkan diri dengan Persatuan Bola Sepak Mesir dan sudah pasti beliau menjadi pemain tertua buat masa ini.

Keinginan menjadi pemain profesional bola sepak menjadi impian beliau sejak berpuluh tahun yang lalu namun dek kerana sibuk dengan kerjayanya sebagai perunding kejuruteraan awam dan menjadi pakar penanaman tanah beliau tidak dapat merealisasikan impian tersebut.

Walaupun Bahader terus bermain sebagai pemain amatur, beliau tidak meneruskan impian menjadi penyerang profesional.

Ezzeldin Bahader,sedang berlatih di Cairo, Mesir. Sumber Imej: REUTERS/Ahmed Fahmy

Selama 15 tahun tinggal di Kuwait kini beliau tinggal di bandar Rehab, sebuah komuniti berpagar di pinggir bandar Cairo Baru.

Beliau yang merupakan ayah kepada empat orang anak dan atok kepada enam orang cucu mula bermain bola sepak di jalanan Cairo pada usia 6 tahun dan hampir tujuh dekad setelah itu Bahader mahu merealisasikan impiannya dengan memohon memasuki kelab pasukan bola sepak.

Akhirnya beliau diterima pada 6 Oktober oleh sebuah kelab yang bermain di Mesir di divisi ketiga.

Bahader kini sdang berlatih dengan kelab tersebut dan juga dirumah dengan seorang jurulatih peribadi untuk memastikan kekuatan fizikalnya dalam keadaan baik.

Untuk menjadi pemain profesional bola sepak, Bahader perlu bermain dua perlawanan 90 minit, sebuah tugasan yang beliau sedang kuat berlatih dan diharapakan dapat direalisasikan pada bulan Mac ini.

Seorang wakil daripada Guinness World Records bakal menghadiri perlawanan kedua tersebut untuk menilai tuntutannya.

Walaupun usia Bahader adalah sangat mencabar pada awalnya tetapi pelatih persendiriannya, Mahmoud Refaat berkata motivasinya telah membuktikan dirinya lebih kuat dan mampu.

Rekod Dunia Guinness untuk pemain profesional bola sepak tertua kini dipegang oleh Isaak Hayik, berasal dari Israel yang bermain dan menjaringkan gol pada April tahun lalu untuk Israel Ironi atau Yehuda pada usia 73 tahun.

Show More

Related Articles

Back to top button