AntarabangsaIsu Semasa

Anda Pasti Terkejut Kalau Tahu Kain Pakaian Sami Buddha Ini Diperbuat Daripada Apa

Di sebuah kuil di selatan Bangkok, seorang sami Buddha sedang menyaksikan sebuah mesin sedang memproses botol plastik dan melihat ia keluar menjadi gulungan plastik yang besar.

Plastik ini akan dijadikan gentian poliester yang bakal menjadi kain fabrik yang dipakai oleh para sami.

Sumber Imej: Chiang Rai Times

Kuil kitar semula Wat Chak Daeng merupakan contoh terbaik Thailand yang sedang bergerak ke arah kelestarian alam kerana Thailand adalah satu di antara lima negara yang menyumbang besar terdapat pembuangan plastik di dunia.

Para sami ini telah menggunakan 40 ton sisa plastik dalam waktu dua tahun sejak mulanya program tersebut bagi mengurangkan sisa plastik memasuki sungai Chao Phraya yang mengalir dari selatan teluk Thailand di barat Lautan Pasifik.

“Saya sedang mengamalkan ajaran Buddha yang juga selari dengan mengatasi krisis alam sekitar global,” kata Phra Maha Pranom Dhammalangkaro, 54 tahun yang merupakan ketua kuil di wilayah Samut Prakan, selatan Thailand.

Tidak seperti kuil yang lain di mana orang ramai akan menderma barangan seperti makanan dan pakaian kepada para sami, penganut agama di sekitar kuil tersebut akan menaiki basikal dan memberi mereka beg plastik dan juga botol yang ditukarkan dengan doa daripada sami Phra Maha Pranom.

“Menderma 1kg botol plastik membolehkan kami membuat satu pakaian lengkap sami yang memiliki nilai perolehan yang tinggi dari segi wang dan merit,” kata sami Buddha itu.

Sumber Imej: khaosodenglish.com

Sehingga kini, kuil tersebut telah menghasilkan 800 set pakaian sami dengan lebih banyak lagi peringkat pengeluaran yang bakal disaksikan.

Setiap set tersebut dijual pada harga 2,000 baht (RM265) hingga 5,000 baht (RM663) untuk memastikan dana projek ini sentiasa ada dan membayar sukarelawan yang mengasingkan sisa plastik yang mereka dapati.

Kebanyakan sukarelawan mereka terdiri daripada suri rumah, pesara dan orang kurang upaya yang tinggal di sekitar kawasan kuil.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close