Bisnes & Ekonomi

Kes Rasuah Berprofil Tinggi Yang Telah Menggoncang Dunia Korporat

Baru-baru ini dunia perdagangan digegarkan dengan kes rasuah yang melibatkan syarikat Airbus sehingga mereka harus membayar penaliti berjumlah 3 bilion pound setelah mereka mengaku memberi rasuah dengan jumlah yang besar untuk mendapatkan kontrak di 20 negara.

Ini adalah beberapa skandal rasuah besar-besaran yang berkait dengan syarikat multinasional di Malaysia dan negara-negara lain.

1. Siemens AG

Pada tahun 2008, firma kejuruteraan Jerman, Siemens AG telah terlibat dalam skandal rasuah besar-besaran yang menyaksikan syarikat tersebut didenda sebanyak US$1.6bil – jumlah terbanyak untuk kes rasuah korporat dalam sejarah dunia.

Menurut laporan New York Times, firma tersebut telah dituduh untuk selalu menjalankan rasuah dan mengalirkan dana untuk memastikan mereka mendapat kontrak awam di serata dunia.

Syarikat tersebut juga telah mengaku bersalah apabila melanggar peraturan 1977 yang mengharamkan amalan rasuah dalam perjanjian pedagangan antarabangsa.

Menurut dakwaan yang dikenakan ke atas syarikat, Siemens telah membayar rasuah dan sogokan kepada pegawai antarabangsa untuk memastikan mereka mendapatkan kontrak kerajaan seperti projek kad pengenalan kebangsaan Venezuela, rangkaian telefon luas di Bangladesh dan juga program makanan Iraq oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.

Di Argentina, syarikat Siemnes dikatakan telah membayar sejumlah US$16juta kepada Presiden negara terbabit dan lebih daripada US$100 juta kepada pegawai kerajaan untuk mendapatkan kontrak bernilai US$1bil bagi menghasilkan kad pengenalan tersebut.

Pada Disember 2008, korporasi tersebut telah membayar jumlah denda sebanyak US$1.6bil di Amerika Syarikat dan Jerman.

2. Alstom SA

Syarikat multinasional Alstom SA telah berdepan dengan penyiasatan rasuah di beberapa negara termasuk Malaysia, Latvia dan Tunisia setelah auditor untuk Swiss Federal Banking Commission telah mendapati dokumen yang menunjukkan wujudnya bayaran rasuah kepada beberapa pihak.

Menurut laporan, Alstom yang membangunkan sistem, peralatan dan perkhidmatan untuk sektor pengangkutan telah berniat untuk menutupi rasuah tersebut dengan mengekalkan perunding yang bertindak menyalurkan bayaran kepada pegawai kerajaan.

Di Switzerland, syarikat ini telah didenda sebanyak 38.9juta Swiss francs pada tahun 2011 oleh pejabat Peguam Negara kerana gagal melaksanakan pengawasan yang betul untuk mengelakkan kejadian rasuah di Malaysia, Latvia dan Tunisia.

Ini juga berkait dengan bayaran yang dilakukan menerusi orang tengah untuk mendapatkan kontrak kerajaan bagi membina stesen jana kuasa.

Pada bulan November tahun lalu, Pejabat Penipuan Serius Britain telah mendenda anak syarikat Alstom UK 15juta pound untuk kes rasuah berkait dengan kontrak tram di Tunisia.

Di Amerika Syarikat pula, Alstom telah mengaku bersalah dan bersetuju membayar denda sejumlah US$772juta untuk kes pada November 2015 setelah melanggar akta Amalan Rasuah Luar Negara kerana telah memalsukan buku dan rekod mereka dan gagal untuk melaksanakan pengawalan dalaman.

3. Alcatel-Lucent

Pada Disember 2010, syarikat peralatan telekomunikasi berpangkalan di Paris, Alcatel-Lucent SA telah mengaku memberi rasuah pegawai kerajaan di pelbagai negara termasuk Taiwan, Malaysia dan Costa Rica.

Secara keseluruhan, Alcatel-Lucent dilaporkan mengaku telah mendapat keuntungan sebanyak US$48.1juta akibat daripada rasuah tersebut.

Di Malaysia, Alcatel-Lucent telah membayar rasuah kepada pekerja Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk mendapatkan informasi rahsia berkaitan dengan tender awam untuk mendapatkan kontrak bernilai US$85juta yang akhirnya mereka menangkan.

Berdasarkan fail di Suruhanjaya Sekuriti dan Komisyen (SEC) Amerika Syarikat, dua perunding Malaysia telah dibayar sejumlah US$700,000 untuk “informasi bukan umum” yang berkaitan dengan harga dan bidaan pesaing.

Di Costa Rica, anak syarikat Alcatel telah menyalurkan sebanyak US$18juta kepada dua perunding dengan lebih setengah daripada jumlah yang disalurkan tersebut diberikan kepada pegawai kerajaan Costa Rica.

Rasuah tersebut telah mendapatkan mereka kontrak berjumlah lebih daripada US$300juta untuk Alcatel dan mendapatkan keuntungan lebih daripada US$23juta.

Di penghujung tahun 2010, Bloomberg telah melaporkan Alcatel melangsaikan kes rasuah tersebut dengan membayar US$137juta termasuk US$45juta kepada SEC.

4. Maxis Communications

Pada Julai 2018, taikun jutawan T. Ananda Krishnan dan orang kanannya, Ralph Marshall adalah di antara beberapa orang yang didakwa dalam skandal Aircel-Maxis di India.

Skandal tersebut muncul setelah dakwaan salah guna kuasa terjadi pada Mac 2006 oleh Kementerian Kewangan India.

Di antara dakwaan ialah Anggota Promosi Pelaburan Antarabangsa (FIPB) yang memberi kebenaran kepada Maxis Communications untuk membawa masuk 3,200 crore rupees telah melebihi siling yang dibenarkan iaitu 600 crore rupees.

Menurut The Economic Times, Biro Penyiasatan Pusat (CBO) telah menfail dakwaan ke atas lebih 12 orang termasuk personaliti berprofil tinggi.

Selain daripada dua personaliti di Malaysia, pihak CBO juga telah mendakwa mantan menteri kewangan India, P. Chidambaram dan anak lelakinya Karti Chidambaram berserta lima pegawai kerajaan termasuk setiausaha, setiausaha bersama, orang di bawah setiausaha dan pengarah bersama hal ekonomi.

Show More

Related Articles

Back to top button