HiburanTeknologi

RE Resistance: Permainan kucing dan tikus bersama zombi

Siri spin-off terbaru Resident Evil iaitu Resident Evil Resistance adalah sesuatu konsep permainan yang sangat berlainan dari biasa.

Ia menampilkan permainan secara talian sehingga 5 orang pemain – 4 pemain ‘survivor’ dan seorang ‘mastermind’.

Resistance berkonsepkan seorang ‘mastermind’ menculik 4 remaja (survivor) dan menempatkan mereka di suatu kawasan dengan meletakkan zombi atau halangan untuk mendapatkan data.

Pemain boleh memilih beberapa watak dari ‘survivor’ yang mempunyai kelebihan tersendiri dari kategori damage, hacker, support, dan tank.

Pemain ‘survivor’ harus bertahan atau mencari jalan keluar dari permainan ini untuk menang.

Manakala peranan ‘mastermind’ adalah memberi cabaran atau ‘menyusahkan’ pemain ‘survivor’ dengan mengawal perangkap dan juga zombi.

Namun, ‘mastermind’ hanya boleh menyaksikan keseluruhan permainan melalui kamera sekuriti atau peta mini yang disediakan.

Resident Evil Resistance adalah permainan yang berbeza dari permainan zombi atas talian yang lain yang lebih berkonsepkan permainan pemain menentang AI (komputer).

Permainan ini juga dijangka akan dilancarkan pada April 2020 bersama-sama Resident Evil 3 yang dioleh semula untuk permainan enjin terbaru.

 

Show More

Related Articles

Back to top button