Teknologi

MET Malaysia Kini Dikenali IO Esports

Penganjur kejohanan e-sukan, Mineski Events Team (MET) divisyen Malaysia telah mengumumkan telah berpisah dengan syarikat induk, Mineski Global bagi membina identiti korporat sendiri.

Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) IO Esports, Kenchi Yap ialah adalah keputusan yang diambil melihatkan perbezaan perancangan strategik dan haja tuju syarikat.

MET Malaysia akan dijenamakan semula sebagai IO Esports dan akan mengendalikan acara e-sukan namun akan terus bertanggungjawab mengoperasi pusat siber Mineski Infinty di Malaysia sebagai salah satu perjanjian yang ditetapkan.

“Terima kasih kepada Mineski atas kolaborasi 10 tahun kebelakangan ini, bekerjasama untuk merancakkan industri e-sukan di peringkat global. Kami berpisah dengan cara yang baik dan terus fokus pada hala tuju baru,” kata Kenchi dalam satu kenyataan.

IO Esports akan bergerak sebagai rakan niaga yang akan mengendalikan penganjuran e-sukan.

IO Esports juga akan mendedahkan perancangan jangka panjang mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa. Mereka sudah merancang kejohanan e-sukan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya di Asia Tenggara dan peringkat dunia.

Dikenali sebagai MET Malaysia terdahulu, IO Esports telah berjaya menganjurkan kejohanan berskala besar di dalam dan luar negara.

Di bawah nama baru dan pasukan yang lebih berpengalaman, mereka berharap dapat memberikan penganjuran, penyiaran, kandungan dan perkhidmatan pemasaran dengan kualiti terbaik dan operasi kejohanan di dalam kelas dunia.

Baru-baru ini, mereka terlibat dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1 dengan kerjasama Moonton yang diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur yang dihadiri 4,000 peminat dari serata dunia dan mencatatkan 650,000 tontonan di Youtube Gaming.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close