Sukan

F1 Mungkin Bakal Kerugian RM164Juta Akibat Virus Korona

Pihak berkuasa sukan di Shanghai telah memberi cadangan untuk membatalkan semua acara sukan yang bakal berlangsung di bandar tersebut akibat wabak virus korona.

Oleh sebab itu, perlumbaan Grand Prix ke-empat yang bakal berlangsung di Shanghai pada 19 April ini menjadi tanda tanya yang besar – adakah ia bakal diteruskan?

Persoalan ini dilihat bakal menjadi agenda utama dalam mesyuarat kumpulan strategi Formula Satu pada hari Rabu ini kerana terdapat spekulasi yang tinggi bahawa perlumbaan sukan berprestij itu akan dibatalkan atau ditangguhkan.

Persatuan Sukan Am Shanghai berharap semua badan organisasi sukan untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Badan Sukan Shanghai bagi memberhentikan sebarang acara sukan sehingga epidemik ini berakhir.

 

Bahrain Pernah Membatalkan Perlumbaan F1

Sebelum ini perlumbaan Formula Satu yang pernah dibatalkan berlaku di tahun 2011 sewaktu Grand Prix Bahrain apabila ketegangan sosial berlaku di sana.

Kalendar tahun ini memiliki rekod sebanyak 22 perlumbaan, oleh sebab itu ia adalah sukar untuk melakukan penjadualan semula. Rusia yang bakal menganjurkan perlumbaan pada bulan September ini selalunya akan mengadakan perlumbaan di bulan April namun mereka sudah menolak pertukaran tarikh.

Sumber Formula Satu sedang menanti permohonan rasmi daripada pihak promosi China sama ada mahu menangguhkan perlumbaan tersebut ataupun membatalkannya.

Yuran untuk mengadakan Formula Satu bukanlah satu jumlah yang kecil apabila beberapa perlumbaan  sebelum ini mencatatkan bayaran sebanyak RM164juta untuknya.

China dilihat memiliki potensi besar dalam sukan permotoran ini dan Formula Satu juga mahu menjalinkan hubungan baik dengan pihak penganjur sukan.

 

Bahrain Pernah Harus Membayar Yuran Walaupun Perlumbaan Dibatalkan

Sewaktu pembatalan yang berlaku di Bahrain, pihak penganjur terpaksa membayar yuran Formula Satu tersebut walaupun perlumbaan dibatalkan.

Wabak virus korona ini telah menyebabkan pelbagai kejohanan sukan terbatal. Antaranya ialah Kejohanan Atletik Dalaman Dunia yang sepatutnya berlangsung di Nanjing pada 13-15 Mac telah ditangguhkan sehingga tahun hadapan.

Perlumbaan elektrik motor Formula E juga dilihat terpaksa ditangguhkan di Sanya bulan hadapan.

Bagi sukan bola keranjang, badminton dan tinju, semua perlawanan kelayakan untuk Olimpik Tokyo telah ditangguhkan. Manakala kejohanan golf LPGA telah dianjak ke tahun hadapan lapor Reuters.

Show More

Related Articles

Back to top button