MalaysiaPolitik

Pakatan Nasional: Propaganda Atau Realiti

Spekulasi tentang pembentukan kerajaan baru di bawah nama Pakatan Nasional semakin hangat diperkatakan. Cadangan untuk gabungan baru itu akan melibatkan parti pimpinan Perdana Menteri, Parti Pribumi Bersatu (PPBM) bersama PAS dan Umno.

Gabungan baru yang dikhabarkan bertujuan untuk mengekalkan pemerintahan di bawah Dr Mahathir Mohamad itu, akan menghalang presiden PKR Anwar Ibrahim untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.

Bulan lepas, FMT melaporkan bahawa pertemuan peribadi antara Mahathir dan presiden PAS, Abdul Hadi Awang mungkin meramalkan kemasukan semula PAS ke dalam kuasa persekutuan, yang mungkin mengetepikan DAP dan Anwar.

Bagaimanapun, penganalisis politik Azmi Hassan, mengatakan pakatan baru itu tidak akan menjadi realiti kerana sebahagian ahli Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM dan Mahathir.

Azmi berkata Mahathir dianggap sebagai “penyebab utama” yang telah menggulingkan Umno dan Barisan Nasional dari Putrajaya dan gabungan yang dicadangkan itu bertentangan dengan sebab rakyat Malaysia memilih Pakatan Harapan pada tahun 2018.

“Tidak dinafikan bahawa pembentukan Pakatan Nasional kelihatan sangat menarik terutama bagi orang Melayu tetapi untuk membentuk kerajaan, anda perlukan sokongan semua. Saya tidak melihat ini akan berlaku walaupun Pakatan Nasional digambarkan sebagai alternatif kepada Pakatan Harapan.

“Gabungan yang dicadangkan itu hanya boleh berfungsi jika Umno dijadikan parti yang lebih dominan berbanding PPBM tetapi setakat ini, saya tidak melihat cara Umno dapat mengalahkan PPBM di bawah kelolaan Mahathir,” kata Azmi.

Sebaliknya, saintis politik James Chin berkata “Pakatan Nasional mungkin menjadi kenyataan kerana dua matlamat: untuk menghapuskan DAP dalam kerajaan dan untuk menghentikan Anwar daripada mendapatkan jawatan perdana menteri”.

James Chin bagaimanapun berkata, presiden PAS Abdul Hadi Awang “obses” untuk memastikan DAP digulingkan dari kerajaan, membenarkan pembentukan kerajaan yang diperintah oleh orang Islam.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Nasional akan mendapat sokongan daripada pengundi Melayu terutama di kawasan luar bandar, manakala golongan pertengahan dan atasan tidak cenderung untuk menyokong.

“Majoriti umat Islam, terutama orang Melayu luar bandar, akan menyokong Pakatan Nasional ini kerana propaganda DAP terlalu kuat dan orang Cina mengawal kerajaan.”

Pembentukan pakatan baru itu telah dinyatakan oleh anggota kanan Umno, Lokman Noor Adam yang menuduh presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi menyokong rancangan itu dalam usaha untuk mengelakkan pertuduhan rasuahnya.

Presiden PAS, Hadi berkata parti itu terbuka kepada pembentukan kerajaan “Pakatan Nasional” walaupun setiausaha agung Umno Annuar Musa menolaknya dan mengatakan ia sekadar spekulasi.

Pemimpin-pemimpin PH pula bersetuju dengan presiden PKR, Anwar yang mengatakan ia hanya “propaganda” yang dimainkan oleh pembangkang.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close