AntarabangsaIsu Semasa

Indonesia Percepat Penghasilan Dron Tentera UAV

Indonesia merancang untuk mempercepatkan pembuatan dron jarak jauh untuk kegunaan tentera menjelang 2022.

Presiden Joko Widodo telah meminta pengeluaran dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) yang dipanggil Elang Hitam (Black Eagle) dua tahun lebih awal daripada yang dijangkakan.

Menurut The Jakarta Post, UAV dengan altitud sederhana itu akan menjadi yang pertama seumpamanya untuk dihasilkan secara besar-besaran di dalam negara.

Dron itu direka bentuk secara bersama oleh Agensi Pengkajian dan Penerapan Teknologi, Institut Aeronautik Kebangsaan dan Angkasa dan agensi penyelidikan Kementerian Pertahanan.

Pengeluar pesawat milik negara PT Dirgantara Indonesia (PTDI) akan mengeluarkan kerangka pesawat udara tersebut.

Syarikat milik PT Len, pengeluar elektronik, akan membina komponen untuk tentera seperti sensor, radar dan sistem senjata.

Menteri Penyelidikan dan Teknologi, Bambang Brodjonegoro berkata di pejabat presiden selepas mesyuarat kabinet, rancangan asalnya adalah untuk menghasilkan Elang Hitam secara besar-besaran menjelang 2024.

“Tetapi memandangkan permintaan dalam negeri yang tinggi, serta kesediaan proses reka bentuk dan pembuatannya, presiden telah mengarahkan supaya pembuatannya dipercepat kepada tahun 2022,” kata Bambang.

Image result for indonesian military drone

Dron yang direka untuk terbang di ketinggian antara 3,000 meter dan 9.000 meter untuk jangka masa yang panjang, akan dihasilkan secara khusus untuk tujuan ketenteraan.

UAV itu juga akan digunakan untuk mengawal kebakaran hutan, penyeludupan,kegiatan melanun dan juga akan menjadi sebahagian daripada usaha untuk melindungi kedaulatan Indonesia.

Walaupun menjadi salah satu pelabur dan rakan dagangan yang terbesar, Jakarta dilihat mengambil langkah berhati-hati dengan usaha Beijing yang sentiasa menegaskan kawalan ke atas perairan dalam zon ekonomi eksklusif Indonesia yang mempunyai simpanan minyak dan gas asli serta stok ikan.

Bambang menambah Menteri Pertahanan Prabowo Subianto dan Panglima Tentera Indonesia, Marshal Hadi Tjahjanto menyatakan minatnya terhadap pesawat jarak jauh itu, terutama dalam operasi untuk mengawal keselamatan sempadan negara.

PTDI dan PT Len pada asalnya merancang hanya untuk mengeluarkan lima dron Elang Hitam menjelang 2022 sebelum memulakan pengeluaran besar-besaran.

Lima dron pertama akan menjadi prototaip untuk memastikan kenderaan itu selari dengan tuntutan pasaran, kata Bambang.

Penghasilan prototaip dron itu pada tahun 2022 bermakna pelaburan sebanyak Rp1.1 trilion diperlukan, naik dari Rp800 bilion berdasarkan pelan pembangunan asal, kata menteri itu.

Show More

Related Articles

Back to top button