Hiburan

Didakwa Dera Johnny Depp, Amber Heard Dikeluarkan Dari Aquaman?

Pelakon Amber Heard berada dalam masalah besar selepas satu siri pita rakaman bocor mendedahkan bahawa dia telah mengakui memukul bekas suami Johnny Depp.

Menurut Jakarta Post, penemuan itu telah membawa kepada petisyen dalam talian yang menuntut aktres Amerika berusia 33 tahun itu untuk dikeluarkan dari filem superhero blockbuster Aquaman 2.

Lebih 155,000 orang setakat ini telah menandatangani petisyen yang diwujudkan oleh Jeanne Larson yang menyeru peminat untuk menentang keganasan rumah tangga.

Larson menulis di change.org: “Amber Heard telah terbukti melakukan keganasan domestik, Warner Brothers dan DC Entertainment harus mengeluarkan Heard dari projek filem Aquaman 2,”

“Mereka tidak boleh mengabaikan penderitaan mangsa dan tidak boleh memberi muka kepada pelaku keganasan domestik. Lelaki juga adalah mangsa penderaan domestik sama seperti wanita. Ini harus diakui dan tindakan harus diambil untuk mencegah pelaku yang diketahui daripada diraikan dalam industri hiburan. “

Petisyen itu juga memberi gambaran mengenai peristiwa masa lalu bintang Aquaman dalam keganasan rumah tangga dan kesan tindakannya terhadap reputasi Depp. Butiran ini dilaporkan oleh news.com.au.

Heard dan Depp, 56, kini sedang dalam perbicaraan undang-undang selepas bekas suaminya memfailkan saman malu bernilai USD50 juta (kira-kira RM206.7 juta).

Ini berlaku selepas Washington Post pada tahun lepas telah melaporkan dakwaan Heard bahawa dia didera oleh pelakon Pirates Of The Caribbean sepanjang 18 bulan perkahwinan mereka.

Pendapat awam kemudian mula berubah setelah beberapa artikel dari The Daily Mail yang terperinci mendedahkan pita rakaman dari telefon Heard pada tahun 2015.

Dalam pita ini, Heard mengakui pernah memukul Depp dalam pergaduhan. Dia juga telah mengejeknya dengan memanggilnya sebagai “bayi” dan telah mengancam Depp dengan ungkapan, “Saya mungkin mencederakan fizikal awk lagi”.

Depp mendakwa pernah beberapa kali diserang oleh bekas isterinya. Dalam satu kejadian, dia mendakwa bahawa bahagian atas jarinya terputus selepas Heard membaling botol minuman keras kepadanya.

Botol itu meletup dan mencederakan jari-jarinya yang mengakibatkan Depp menjalani beberapa pembedahan di mana dia hampir meninggal dunia selepas akibat MRSA (jangkitan bakteria yang serius) sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun, jurucakap Amber Heard menuduh Depp sengaja ┬ámembocorkan pita tersebut. Jurucakap terbabit memberitahu The Daily Mail: “Sesiapa yang biasa dengan dinamik penderaan domestik akan mengenali apa yang sebenarnya berlaku di sini.”

Dilaporkan juga bahawa Depp pernah cuba mengeluarkan Heard daripada memegang watak Mera dalam filem Aquaman kerana mendakwa bahawa artikel Washington Post secara langsung menyebabkan dia dipecat daripada francais Pirates Of The Caribbean.

Sekuel filem pecah panggung Aquaman dijangka akan memulakan penggambaran pada tahun ini dan dirancang akan ditayangkan pada tahun 2022.

Setakat ini, belum ada berita mengenai sama ada Heard akan dikeluarkan atau tidak dalam sekuel terbabit.

Show More

Related Articles

Back to top button