Gaya HidupIsu SemasaKesihatanSains

Ini Dia Pemakanan & Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Kesihatan Otak Yang Lebih Baik

Data menunjukkan pada usia 65 tahun ke atas, jumlah ingatan yang disimpan di dalam otak seseorang berkemungkinan sudah 55% dan tiga perempat daripada ingatan seseorang sudah mula terisi penuh pada usia 45 tahun.

Jumlah ingatan pada otak seseorang boleh berkurangan dengan lebih cepat jika kita tidak lakukan sesuatu untuk memastikan kesihatan otak dalam keadaan baik.

“Terdapat pelbagai alat diagnostik untuk menghitung keupayaan otak seseorang namun jika tahap ingatan seseorang yang dibicarakan, ia adalah sangat subjektif,” kata Prof. Madya Dr Hoo Fan Kee.

 

Gaya Hidup Asas Yang Perlu Dijalankan Seseorang

Walaupun ramai yang menganjurkan diet pemakanan serta senaman, namun faktor gaya hidup yang lain juga sangat kritikal.

Menurut Dr Hoo, faktor asas seperti tidur enam jam sehari, minum dua liter air sehari serta mengambil vitamin dan mineral mencukupi adalah antara faktor yang menyumbang kepada kesihatan otak manusia.

 

Latihan Otak Yang Perlu Dilakukan

Ramai yang mengabaikan latihan otak dan lebih mengutamakan senaman fizikal.

Jadi apakah yang latihan otak yang boleh dijalani?

1. Selesaikan teka silang kata ataupun Sudoku
2. Ambil kelas taichi yang bantu dalam aspek fizikal dan mental
3. Terdapat kajian bahawa bermain mahjong juga boleh mengurangkan dimentia
4. Lebihkan aktiviti yang memerlukan perkara untuk berfikir dan menganalisis
5. Cuba permainan aktif menggunakan teknologi

 

Nutrisi Otak Yang Perlu Diambil

Nutrisi yang sering dikaitkan dengan otak kita ialah asid lemak omega-3, koenzim Q10 dan juga vitamin B dan E.

Untuk fungsi saraf dan transmisi otak lebih baik, kalsium dan magnesium adalah diperlukan.

Dalam vitamin E, terdapat dua kompaun penting iaitu tocopherol dan tocotrienol. Kedua-dua ini penting untuk antioksidan dan meregulasi reaksi peroksidan serta mengawal pembentukan radikal bebas di dalam badan.

Berbanding dengan tocopherol, tocotrienol memiliki lebih banyak antioksidan dan agen anti-radang.

Ia juga mampu mengurangkan kolesterol.

 

Tokrotienol Dalam Vitamin E Boleh Membantu Banyak Untuk Otak

Menurut kajian, tokotrienol ini mampu melindungi daripada penyakit kardiovaskular (jantung) dengan menurunkan ketegangan arteri yang berlaku dengan peningkatan usia dan ketebalan akibat plak lemak terkumpul pada dinding arteri yang meningkatkan tekanan darah sehingga menyebabkan risiko penyakit jantung terjadi.

Dalam keadaan seseorang terkena serangan angin ahmar atau strok secara tiba-tiba, tompok-tompok putih akan terlihat dalam imbasan MRI di kawasan otak.

Penyakit melibatkan bahagian putih ini mengganggu saraf yang berkaitan dengan bahagian otak dan saraf tunjang menyebabkan masalah ingatan atau kelembaban otak. Kajian menunjukkan bahawa mengambil 200mg tokotrienol dua kali sehari mampu mengurangkan penyakit berkaitan dengan bahagian putih otak ini sebanyak tujuh kali.

Secara umumnya, vitamin E mampu memperbaiki sistem genitourinari dan ia memangkin kesihatan seks serta hati manusia.

Show More

Related Articles

Back to top button