HiburanTeknologi

Pencarian ‘Pokemon of The Year’

Setelah mengeluarkan ribuan jenis Pokemon sejak 1996, The Pokemon Company ingin mencari seekor Pokemon yang paling terbaik – dan ia ditentukan oleh peminat sendiri!

Anda boleh mengundi Pokemon kegemaran anda melalui pertandingan “Pokemon of The Year” sehingga 14 Februari ini.

Pertandingan ini akan dikendalikan oleh Google jadi pengundi boleh terus sahaja membuat carian di laman web dengan menaip “Pokemon Vote”.

Secara terus anda akan dibawa ke menu undi di mana Pokemon akan dibahagikan mengikut 8 rantau (region).

Anda boleh mengundi setiap satu Pokemon dari setiap rantau setiap hari dan setiap klasifikasi rantau (region classification) Pokemon adalah berdasarkan urutan nombor di dalam National Pokedex (Pokedex rasmi).

Mengikut laporan, undian akan ditutup pada 5:59 pagi (waktu tempatan) pada 14 Februari, namun The Pokemon Company tidak menyatakan bagaimana pengumuman ‘Pokemon of The Year’ akan dilakukan.

Walaupun bagaimana pun, ramai menjangkakan keputusan atau pengumuman akan di buat pada 27 Februari bersempena Pokemon Day.

Bersempena Pokemon Day ini, pelbagai aktiviti dan kemaskini permainan akan dilakukan seperti acara khas untuk Pokemon Go, kemas kini untuk Pokemon Sword and Shield dan Pokemon Masters selain pelancaran filem Pokemon: Mewtwo Strikes Back – Evolution di Netflix.

Show More

Related Articles

Back to top button