AntarabangsaIsu Semasa

Brexit Telah Direalisasikan, Apa Yang Telah Berubah Buat UK dan EU Sejak Itu?

Pada Jumaat, 31 Januari 2020 ia merupakan tarikh keramat bagi warga Britain apabila mereka rasmi meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi pada hari tersebut tepat pada pukul 11 malam.

Ia merupakan 1317 hari sejak pengundi Britain mengambil keputusan untuk meninggalkan gagasan Eropah yang sudah mereka bersama sejak 47 tahun yang lalu.

 

Adakah Berlaku Perubahan Sehari Setelah Brexit Terjadi?

Terdapat reaksi bercampur-baur terhadap keputusan penarikan diri Britain daripada EU. Namun apakah perubahan yang paling ketara yang dialami oleh warga Britain setelah bangun pagi pada keesokan harinya?

Menurut AFP, tidak ada banyak perbezaan. Perniagaan harian yang berjalan di antara United Kingdom dan EU masih berjalan seperti biasa dalam transisi 11 bulan yang akan datang sehingga akhir tahun ini.

Ini membenarkan London dan Brussels berunding tentang perjanjian baharu untuk hubungan di antara dua pihak pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perubahan praktikal yang telah dilihat berlaku.

 

EU Kehilangan Negara Terbesar Mereka

Akibat daripada penarikan diri United Kingdom (UK), EU telah kehilangan negara paling besar dan terkaya dalam keahlian mereka menjadikan EU kehilangan sebanyak 66 juta warga dan 5.5% tanah.

Di Brussels pula di mana letaknya Parlimen EU, menurunkan bendera Union Jack di luar parlimen mereka telah memberi simbol sebuah perubahan yang konkrit: Britain sudah terkeluar daripada kesatuan dan merupakan “negara ketiga”.

Britain tidak lagi memiliki ahli di Parlimen EU dan 73 wakil dari Britain yang telah dilantik pada bulan Mei yang lalu telah meninggalkan parlimen.

 

Tiada Lagi Wakil UK & Tidak Lagi Ada Kehadiran UK Dalam Mesyuarat Kepimpinan EU

Britain tidak lagi harus membuat mencalonkan lantikan pegawai tertinggi untuk Komisen Eropah walaupun London sudah pun gagal untuk melakukan hal tersebut sejak tahun lalu dan kerusi tersebut sudah pun tidak diduduki oleh sesiapa sebelum Brexit.

Selain itu, Perdana Menteri Boris Johnson tidak akan lagi dipanggil untuk persidangan Dewan Pemimpin Eropah dan para menteri tidak lagi perlu menghadiri mesyuarat pemimpin.

 

Apa Yang Terjadi Dengan Warga UK Yang Tinggal Di EU Dan Sebaliknya?

Menurut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, seramai 1.2 juta warganegara Britain tinggal di negara EU yang lain terutamanya di Sepanyol, Ireland, Perancis, Jerman dan Itali.

Manakala statistik oleh jabatan perangkaan UK berkata 2.9 juta penduduk EU tinggal di Britain dan ini merangkumi 4.6% populasi negara tersebut.

Dalam perjanjian penarikan diri yang ditandatangani oleh kedua pihak, kedua kumpulan yang bermigrasi itu boleh mengekalkan hak mereka seperti mana yang mereka miliki sebelum Brexit untuk bekerja dan tinggal di negara yang mereka sedang duduki.

Namun warganegara UK di Eropah dan warganegara EU di UK perlu berdaftar ke badan berkuasa negeri yang mereka menetap dan setiap negeri yang mereka tinggal itu perlu mengemukakan prosedur masing-masing.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close