SukanTeknologi

Bale Mahu Pasukan Esukannya Sebagai Juara

Bintang bola sepak Real Madrid, Gareth Bale bukan sahaja beraksi di padang bola, malah mahu turut bermain di gelanggang esukan.

Pemain dari Wales ini dilaporkan merupakan pemilik bersama pasukan esukan FIFA, Ellevens yang ditubuhkan pada November 2019 bakal beraksi di FIFA eClub World Cup 2020 minggu ini.

“Minat saya terhadap esukan bermula 2 tahun lepas apabila menonton Ninja (streamer permainan video) dan saya juga terdorong menonton FIFA dan FIFA Global Series. Kompetitif sukan ini sangat menarik, jadi saya mahu memberikan peluang kepada atlet esukan untuk membawa sukan ini lebih serius serta mahu bermain bersama organisasi profesional di tahap tertinggi,” jelas Bale apabila ditanya mengapa beliau berminat terhadap e-sukan.

“Saya mahu menyediakan persekitaran profesional terbaik untuk para gamers seluruh dunia dan membina sebuah legasi esukan.”

Sebagai sebuah pasukan yang baru, Bale mengharapkan kepimpinan pemain profesional esukan FIFA seperi PResende7 dan EthxnH membawa Ellevens ke pentas akhir kejohanan yang akan berlangsung di Milan, Itali itu.

“Ia merupakan satu penghormatan menjadi sebahagian dari Ellevens. Walaupun kami sebuah pasukan yang baru, kami sudah merupakan sebuah pasukan yang kuat,” kata ‘PResende7’.

“Penglibatan Gareth Bale membawa banyak perhatian yang kepada kami sangat menarik. Kami berharap dapat membawa pulang beberapa trofi untuk peminat kami.”

Peluasan ekosistem EA SPORTS FIFA 20 Global pada dekad yang lalu menyaksikan kelab-kelab bola sepak terkenal mewujudkan bahagian eSport, termasuk seperti Manchester City, AS Roma dan Olympique Lyonnais, yang akan bertanding di Piala Dunia eClub minggu ini.

Bale menyertai nama-nama berprofil tinggi seperti Mesut Ozil, Christian Fuchs dan Ruud Guillt dengan menceburkan diri esukan bola sepak dengan pemilikan pasukan esukan sendiri.

Show More

Related Articles

Back to top button