Sukan

Setelah Mat Don, Harimau Malaya Bakal Mengaum Lebih Kuat Dengan De Paula Tak Lama Lagi

Semalam dunia bola sepak tempatan kita mendapat berita pemain kelahiran Kosovo berusia 28 tahun, Liridon Krasniqi yang juga dikenali dengan panggilan Mat Don sudah pun mendapat kerakyatan Malaysia dan kini perlu menunggu kelulusan akhir Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menjadi pemain naturalisasi Harimau Malaya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata Liridon sudah tidak sabar menyertai skuad Harimau Malaya kerana perkataan pertama apabila beliau berjumpanya ialah “bila call up?”.

Menurut Stuart, itu sahaja sudah menunjukkan kesungguhannya.

 

Masih Menunggu Kelulusan FIFA

“FAM akan menghantar segera dokumen terbaru berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia ini kepada FIFA bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.

“Kami berharap dengan kehadiran Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya akan dapat memperkasakan lagi pasukan,” katanya kepada SinarHarian.

 

Setelah Liridon, de Paula Pula

Dalam pada masa yang sama, Stuart juga berharap FAM dapat menyelesaikan masalah dokumentasi melibatkan pemain import Perak, Guilherme de Paula yang berasal dari Brazil bagi memastikan tonggak serangan berusia 33 itu dapat menyarung jersi skuad Harimau Malaya berstatuskan pemain naturalisasi.

Stuart Ramalingam berkata, pihaknya menjangkakan segala permasalahan berkenaan dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu dua lagi.

Tambah Stuart, FAM melihat proses naturalisasi berkenaan sebagai sesuatu perkara yang serius.

Malah katanya, FAM hanya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengesyorkan nama pemain yang sesuai bagi menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

“FAM tidak akan sewenang-wenangnya mencadangkan kepada KDN untuk memberikan taraf kewarganegaraan kepada individu untuk menyertai skuad kebangsaan.

 

Sumber Imej Terencana: EdisiViral

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close