Teknologi

Samsung Promosi 4 Model Telefon Bulan Ini

Samsung kini rancak dalam melancar dan mempromosikan produk-produk terbaru mereka di pasaran bermula bulan ini.

Terbaru Samsung dalam rangka mempromosikan 2 model terbaru mereka melalui siri Galaxy A iaitu Galaxy A71 dan Galaxy A51.

Galaxy A51 dibina dengan spesifikasi memori 6GB dengan storan 12GB, bateri berkapasiti 4000mAh dan skrin Super AMOLED bersaiz 6.5 inci.

kamera utama pula, Samsung Galaxy A51 menawarkan kamera 48MP utama dilengkapi sensor 5MP (depth) + 5MP (makro) + 12MP (ultra-lebar).

Manakala Galaxy A71 adalah model berspesifikasi memori 8GB RAM dengan storan juga 128GB, bateri berkapasiti 4500mAh dan skrin Super AMOLED 6.7 inci.

Untuk rakaman gambar, telefon ini menyertakan empat kamera belakang gabungan 64MP + 5MP (depth) + 5MP (makro) + 12MP (lebar).

Galaxy A51 dijual pada tanda harga RM1,299 manakala Galaxy A71 pada RM1,799. Kedua-dua telefon ini akan berada di pasaran pada 7 Februari dan pra-tempahan sudahpun dibuka sejak 3 Februari lalu.

Disamping itu Samsung Siri Galaxy Note dan S turut mendapat versi ‘lite’ dengan spesifikasi dan harga yang lebih berpatutan.

Galaxy Note 10 Lite didatangkan dengan spesifikasi skrin 6.7-inci, dilengkapi memori 8GB RAM dengan storan 128GB, bateri 4500mAh dan kamera swafoto 32MP. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera 12MP (ultra-lebar) + 12MP (lebar) + 12MP (telefoto).

Bagi Galaxy S10 Lite pula, dilengkapi skrin 6.7-inci Super AMOLED Plus, memori 8GB RAM dengan storan 128GB. Ia turut dilengkapi kamera utama 48MP (lebar) + 5MP (makro) + 12MP (ultra-lebar). Untuk rakaman swafoto, ia menggunakan sensor 32MP, selain dilengkapi bateri 4500mAh.

Kedua-dua model ini turut akan dilancarkan pada 7 Februari ini dengan harga yang ditetapkan untuk Galaxy Note 10 Lite adalah RM2,229 dan Galaxy S10 Lite pula pada RM2,699.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close