AntarabangsaIsu Semasa

Wabak Selesema Burung H5N1 Pula Menular di China

China telah melaporkan wabak berbahaya selesema burung H5N1 di wilayah Hunan, yang terletak di sempadan selatan wilayah Hubei, pusat penularan koronavirus 2019-nCoV.

“Wabak ini berlaku di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang. Ladang itu mempunyai 7,850 ayam, dan 4,500 ayam mati akibat penularan wabak. Pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan 17,828 ayam selepas wabak,” menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar China pada hari Sabtu (1 Feb).

Walau bagaimanapun, tiada kes manusia dalam virus Hunan H5N1 telah dilaporkan setakat ini.

Wabak Hunan H5N1 muncul ketika pihak berkuasa China sedang giat berusaha untuk membendung penyebaran coronavirus novel, mmebebankan lagi sumber negara yang sangat diperlukan untuk memerangi ancaman kesihatan.

 Jangkitan koronavirus yang berbahaya telah meragut 300 nyawa di China setakat hari Ahad dengan satu kes kematian dilaporkan di luar negara iaitu di Filipina. Virus ini menyerang lebih daripada 14,000 di China dan kira-kira 140 di luar negara setakat ini.

Virus selesema burung H5N1, selalunya dikenali sebagai selesema burung, menyebabkan penyakit pernafasan yang teruk pada burung dan menular kepada manusia. Virus ini mula dikesan di China pada tahun 1996 pada angsa dan amat berbahaya untuk ternakan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat kemungkinan jangkitan daripada ayam kepada manusia tetapi kebarangkaliannya amat rendah.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, “Kebanyakan jangkitan manusia dengan virus influenza avian … telah berlaku selepas kontak berpanjangan dan rapat dengan ternakan yang dijangkiti.

“Penyebaran manusia kepada manusia oleh virus ini telah berlaku, tetapi ia tidak kekal dan tiada penyebaran dalam masyarakat terhadap virus ini telah dikenalpasti.”

Walau bagaimanapun, selesema burung sangat berbahaya kepada manusia yang mengidapnya, dengan kadar kematian lebih daripada 50 peratus dalam kes-kes dalam tempoh 15 tahun yang lalu, yang jauh lebih tinggi berbanding wabak Sars (kadar kematian 10 peratus) atau novel koronavirus (kadar kematian 2 peratus dalam wabak setakat ini).

Dari 2003 hingga 2019, WHO melaporkan sejumlah 861 kes manusia yang disahkan H5N1 di seluruh dunia, yang mana 455 telah meninggal dunia. Di China, 53 kes jangkitan selesema burung telah dilaporkan dalam tempoh 16 tahun lalu, dengan 31 kematian.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close