FesyenGaya Hidup

Menarik! Di Paris Kain Lace Pun Kini Diperbuat Daripada Bahan Kitar Semula

Sewaktu menginjak 2020 selalunya orang mahu melihat perubahan dari segi kecanggihan teknologi tetapi ada baiknya jika kita lihat perubahan dari segi mentaliti terhadap alam sekitar juga.

Itulah yang dilakukan oleh para pereka muda di Paris yang mahu melakukan perubahan dan membantu alam sekitar melalui cara mereka sendiri.

Mereka melihat di arena fesyen, banyak fabrik kain yang dibuang begitu sahaja setelah muncul sebuah rekaan baharu.

 

Seksi, Cantik & Mesra Alam

Oleh sebab itu, beberapa pereka fesyen pakaian dalam telah mengambil kesempatan ini untuk mereka pakaian dalam yang seksi dan cantik serta mesra alam dengan mengguna semula sisa fabrik yang tidak digunakan.

“Saya selalu berhati-hati jika mahu memotong kain. Saya pernah bekerja di kilang dan melihat begitu banyak sisa industri yang dibuang oleh mereka,” kata Paloma Casile yang memiliki sebuah bengkel kecil di pusat Paris yang menghasilkan pakaian dalam wanita.

Salah satu rekaan oleh Paloma Casile. Sumber Imej: underlines magazine.

Selain daripada menggunakan kain lace yang digabungkan bersama lurex (kain berkilat- glitter), Casile juga memastikan rekaanya tidak menggunakan perwarna bertoksik.

Pereka muda seperti dirinya telah menjadi antara pelopor kepada trend pakaian mesra alam ini yang walau bagaimanapun tidak memiliki pasaran yang luas.

Namun menurut AFP, rekaan mesra alam seperti yang dicipta oleh Paloma Casile ini bernilai 2.4bil Euro (RM11bil) hanya di Perancis sahaja pada tahun lalu.

 

Apakah Bahan Kitar Semula Yang Digunakan Dalam Pembuatan Kain Lace Mesra Alam?

“Sebagai seorang pelanggan, saya belum lagi jumpa mana-mana jenama yang menawarkan rangkaian seksi dan pada masa yang sama melakukan tanggungjawabnya terhadap alam sekitar dalam pengeluaran mereka,” kata Margot Dargegen, 25 yang menjadi pengasas kepada Nenes Paris yang juga menggunakan kain lace kitar semula bermula tahun lalu.

Kain lace kitar semula ini ialah daripada lebihan kain dan juga botol plastik yang telah dikitar semula menjadi gentian benang yang boleh dijadikan kain lace.

“Apabila pertama kali kami mula berkarya, mencari bahan mesra alam adalah sangat sukar tetapi kini kita lihat keadaan semakin berubah ke arah baik,” kata Mathilde de Sacy, 28 tahun yang mencipta jenama Oily dengan temannya tiga tahun yang lalu.

“Kami menggunakan bahan yang diiktiraf seperti kapas organik GOTS, kain lace yang diperbuat daripada fiber kitar semula dan pewarna Oeko-Tex 100. Kami juga mahu melakukan kerja di Eropah untuk memastikan pekerjaan dilakukan dalam keadaanyang baik,” tambahnya.

 

Pengguna Kini Lebih Menumpukan Perkara Lebih Mesra Alam Di Eropah

“Pengguna kini semakin lebih menumpukan perkara seperti ini,” kata Cecile Vivier-Guerin, pengarah pemasaran untuk sebuah acara pertunjukan pakaian dalam di Paris.

Kini pengeluar juga menawarkan fabrik yang lebih meluas dan lebih menghormati alam sekitar, tambahnya.

Ini termasuk mengitar semula kain kapas, satin atau bra wanita yang telah digunakan menjadi fiber kapas.

Sebuah syarikat Swiss turut menawarkan pakaian dalam wanita yang boleh terbiodegradasi sepenuhnya.

Dalam sebuah sektor yang tidak berubah sejak beberapa tahun lalu kini ia semakin berkembang dalam menggalakkan pengguna untuk membeli barangan berkualiti yang mengurangkan karbon kerana memerlukan pengangkutan yang jauh dan ia menambahkan nilai, kata Vivier-Guerin.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close