Bisnes & Ekonomi

Lotte: Ahli Kimia Yang Berjaya Membina Empayar Perniagaan

Pada 19 Januari 2020, pengasas Lotte Group yang merupakan salah satu syarikat keluarga terbesar di Korea Selatan telah meninggal dunia.

Shin Kyuk-ho meninggal dunia pada usia 97 tahun akibat simptom penyakit lanjut usia.

Beliau lahir pada 4 Oktober 1922 di bandar Ulsan yang terletak di tenggara Semenanjung Korea yang pada ketika itu masih di bawah jajahan Jepun.

 

Hidup Susah Ketika Era Jajahan Jepun

Kyuk-ho merupakan abang sulung daripada 10 adik-beradik yang terpaksa meninggalkan keluarga tanpa sesen di tangan pada tahun 1942 untuk mencari peluang yang lebih baik.

Beliau berhijrah ke Jepun dan tinggal di situ sehingga Perang Dunia Ke-2 tamat.

Kyuk-Ho berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang kimia dan bekerja sambilan sebagai penghantar susu serta surat khabar untuk menyara hidup.

 

Mula Meniaga Pomade

Beliau memulakan perniagaan pertamanya di bandar Shinjuku, Tokyo dengan menghasilkan sabun dan pomade.

Setahun setelah itu, beliau menghasilkan gula-gula getah yang menjadi sangat popular di antara askar Amerika Syarikat yang berpangkalan di Jepun.

Pada tahun 1963, Kyuk-Ho membina kilangnya yang pertama dan memiliki 3000 pekerja. Sejak daripada itu perniagaannya berkembang memasuki bidang pengiklanan, bola lisut, petrokimia dan perdagangan.

Kyuk-Ho merupakan di antara generasi terakhir yang menjadi pengusaha yang berjaya bekerjasama dengan pihak kerajaan pada tahun 1960an untuk membina semula Korea Selatan setelah perang.

 

Bagaimana ‘Lotte’ Mendapat Namanya?

Beliau menamakan syarikatnya Lotte berdasarkan watak Charlotte dalam filem “The Sorrows of Young Werther” karya Johann Wolfgang.

Nama syarikat ‘Lotte’ diambil sempena wanita di dalam novel Goethe. Sumber Imej: wikipedia

Syarikat beliau menjadi pemain utama dalam industri ekonomi sehingga digelar “Miracle in the Han River” atau ‘Keajaiban di Sungai Han’.

Peningkatan perkembangan Lotte sejajar dengan syarikat besar lain di Korea Selatan seperti Samsung dan Hyundai dan kini berjaya mendominasi pasaran industri kumpulan yang dikelola oleh pihak keluarga.

Sewaktu kesihatan mulai merosot, Kyuk-Ho hanya memegang jawatan dalam upacara setelah didesak oleh anak lelaki bongsunya, Shing Dong-bin.

Anak bongsunya itu akhirnya mengambil alih syarikat kumpulan Lotte ini hingga mencetuskan ketidak puas hati di kalangan ahli keluarga yang lain. Perkara ini sudah tentu menarik perhatian media dan juga rakyat Korea Selatan.

Drama dalam keluarga Lotte ini memuncak pada tahun 2016 apabila seorang pendakwa raya mula menyiasat sehingga menemukan salah guna yang melibatkan keluarga Shin.

Ini menyebabkan anak perempuan sulung pengasas Lotte ini ditangkap di atas dakwaan penggelapan wang manakala pengerusi Lotte, Shin Dong-bin telah dipenjarakan setelah itu kerana terkait dengan kes rasuah.

Show More

Related Articles

Back to top button