Gaya HidupPercutian

5 Tempat Di Malaysia Yang Wajib Pencinta Laut Kunjungi

Malaysia dikelilingi oleh 4,675km garis pantai yang meliputi Selat Melaka, Laut Sulu, Laut China Selatan dan Laut Andaman.

Di dasar lautan ini terdapat ekosistem marin yang sangat kaya dengan hampir 600 spesies batu karang dan lebih daripada 2000 spesies ikan.

Bagi yang baru mahu berjinak-jinak dalam meneroka khazanah laut negara, anda wajib untuk mengunjungi lima tempat ini.

1. Taman Laut Tun Mustapha

Terletak di utara Sabah, taman marin ini merupakan taman terbesar di Malaysia dengan berkeluasan 898,762ha yang meliputi lebih 50 pulau dari Kudat, Pitas dan kawasan Kota Marudu.

Ia merupakan habitat kepada pelbagai hidupan marin yang terancam seperti penyu dan dugong.

Perairan ini juga meliputi termasuk dalam inisiatif segi tiga terumbu karang atau (CTI) yang mana ia merupakan usaha bersepadu bagi mengekalkan pertumbuhan terumbu karang yang meliputi negara Malaysia, Indonesia, Filipina, Papua New Guinea, Timor Leste dan Kepulauan Solomon.

CTI telah ditubuhkan pada 2007 dan merupakan idea Indonesia.

Menurut sumber walaupun CTI ini hanya meliputi 2% kawasan lautan dunia tetapi hampir 75 % daripada semua jenis terumbu karang dan 40 % jenis ikan-ikan karang, mempunyai dimensi sosio ekonomi yang penting di CTI.

2. Pulau Tioman

Pulau ini pernah dipilih oleh majalah Time sebagai salah satu pulau tercantik di dunia. Ia dikelilingi oleh terumbu karang dan sangat popular dikalangan penyelam skuba.

Ia juga menjanjikan pemandangan indah untuk snorkeling bagi pengunjung dalam dan luar negara.

 

3. Taman Laut Pulau Payar

Pulau Payar di Langkawi. Sumber Imej: kasbah.my

Terletak di utara Selat Melaka berdekatan Pulau Langkawi. Taman ini meliputi Pulau Payar, Pulau Lembu, Segantang dan Kaca.

Di antara kawasan tumpuan untuk orang penyelam ialah “Coral Garden” (Taman Batu Karang) yang terkenal dengan batu karang yang berwarna-warni cerah dan lembut.

 

4. Pulau Perhentian

Terletak tidak jauh dari Besut, Terengganu, Pulau Perhentian terkenal dengan pasir pantainya yang bersih serta air biru yang cantik.

Selain daripada itu, ia juga terkenal dengan penyu dan juga tempat persinggahan burung hawksbill yang sering bersarang di keliling pulau ini.

Terdapat dua pulau utama di sini iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

 

5. Pulau Redang

Salah satu pulau terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pulau Redang sering mendapat kunjungan pelancong China kerana ia merupakan tempat penggambaran filem komedi romantik China yang terkenal pada tahun 2000.

Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close