Isu SemasaSains

Saintis Australia Cipta Semula Koronavirus. Kenapa Pula?

Satu pasukan saintis di Australia dilaporkan telah berjaya menghasilkan semula koronavirus baharu versi makmal yang pertama di luar China.

Ia merupakan kejayaan yang diharapkan dapat mampu mencari vaksin yang sesuai dengan segera.

Para pengkaji di Institut Peter Doherty Untuk Jangkitan dan Imuniti di Melbourne semalam berkata mereka akan kongsikan sampel tersebut dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga makmal-makmal lain di serata dunia untuk mempercepatkan kajian penemuan vaksin mengubati virus tersebut.

Menurut laporan sebelum ini, sebuah makmal di China sudah pun berhasil mengembang biak virus ini tetapi hanya telah mengeluarkan jajaran genom dan bukannya sampelnya.

Pengkaji Australia telah menghasilkan semula koronivirus daripada pesakit yang telah terjangkiti koronavirus.

Raina MacIntyre yang mengelola bahagian kajian di Kirby Institut Biosekuriti berkata dengan mencipta semula dan berkongsi sampel virus tersebut ia mampu mempercepatkan lagi pembangunan vaksin yang berpotensi untuk melawan virus tersebut.

Ini kerana ubat yang dicipta akan diuji ke atas haiwan yang telah disuntik dengan penyakit tersebut.

“Lebih banyak lagi pengkaji yang boleh mengkulturkan virus, lebih banyak informasi pembangunan ubat, vaksin dan pengenalan terhadap ciri-ciri semulajadi virus tersebut dapat diketahui,” kata Raina.

Selain daripada ia dapat menyumbang ke atas pembangunan vaksin, sampel yang dikembang biak di dalam makmal ini juga boleh digunakan untuk menjalankan ujian antibodi yang mampu mengesan virus di dalam pesakit sebelum mereka menunjukkan simptom diserang koronavirus.

Show More

Related Articles

Back to top button